Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.
Hari ini 3 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.
Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.
NOTA: Ini adalah bahagian ke 10 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Mostar. Kali ini kita singgah di Jablanica, sekitar 50 km dari Mostar, menuju Sarajevo.
Apa yang menarik di Jablanica? Ia adalah kawasan rekreasi di pergunungan dan juga penuh dengan kesan sejarah. Pada musim panas, ramai holiday-makers datang untuk aktiviti lasak seperti hiking dan trekking dan rafting. Pada musim sejuk orang datang ke sini untuk bermain ski. Terdapat sebuah tasik air tawar yang menjadi sumber air kepada penduduk Bosnia. Terdapat sebuah muzium perang di bandar ini yang menyimpan rahsia perang menawan jambatan Sungai Neretva semasa Perang Dunia Kedua. Ada sebuah filem mengenai Battle of Neretva River. Hangpa boleh google untuk mengetahui kisah ini.
Perjalanan dari Mostar ke Jablanica melalui jalan raya utama di kawasan pergunungan di sepanjang Sungai Neretva. Sangat cantik. Lihatlah beberapa imej yang sempat dirakam dari atas bas PUPE.
Kami tidak masuk ke pusat bandar Jablanica. Bas berhenti di sebuah restoran di tepi jalan raya utama Mostar — Sarajevo, untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan Sungai Neretva dengan background pergunungan yang mendamaikan.
Kami tidak lama di sini. Destinasi masih jauh. Bas bergerak meneruskan perjalanan menuju Sarajevo.