Tidak syak lagi Gunung Bromo adalah magnet tarikan pelancong ke Jawa Timur. Pengalaman memanjat sebuah gunung berapi yang masih aktif adalah “bucket list” setiap pengembara yang bermisi dan bervisi.
Gunung Bromo ialah sebuah gunung berapi yang tersohor sebab sangat kerap meletup berbanding gunung berapi lain. Letupan terakhir pada tahun 2010, 2011, 2015. Tingginya 2329 meter, tidaklah berapa tinggi –sekitar separuh Gunung Kinabalu saja.
Bromo berasal dari Brahma, satu dari tuhan-tuhan Hindu. Gunung Bromo dikelilingi oleh gunung-gunung lain dalam kawasan berpasir yang sangat luas dikenali sebagai “lautan pasir” (“sea of sands”). Gunung Bromo dapat dilihat dengan jelas dari beberapa viewpoints seperti Penanjakan. Bersebelahan Bromo ialah Gunung Batok yang lebih nampak macam sebuah gunung yang sempurna bentuknya. Bromo lebih rendah disebabkan permukaan kawah yang luas dan asap sulfur yang keluar sepanjang masa semasa kami di sini.
Dari Jogjakarta kami bergerak menuju ke Probolinggo, satu bandar yang menjadi pintu masuk ke pergunungan Bromo.
Sebelum sampai kawasan Bromo, kami sempat singgah di gudang barangan kulit yang bernama Permata Tanggulangin dan wisata lumpur Sidoarjo.
Di Bromo kami check-in di Grand Whiz hotel. Selepas makan malam, kami tidur awal sebab awal pagi esok jam 3 pagi sudah kena gerak dari hotel menuju ke puncak Bromo menaiki jeep atau kenderaan 4×4. Tujuan gerak awal sebab nak tengok sunrise. Jeep membawa kami ke viewpoint Penanjakan. Di situ kami solat Subuh sementara menanti sunrise. Ada masjid besar di situ siap dengan tandas berbayar. (Lihat gambar). Selepas itu jeep membawa kami melalui lautan pasir sehingga sampai ke kaki gunung Bromo. Dari situ kami berjalan merentasi lautan pasir hinggalah sampai ke permulaan anak-anak tangga. Untuk sampai ke kawah gunung berapi kami terpaksa (haha.. dibaca: sukarela) memanjat dalam 200 atau lebih anak tangga sehingga sampai ke mulut atau permukaan kawah. Kita boleh menjengok dan melihat ke dalam kawah dan menghidu asap atau wap sulfur yang sentiasa keluar dari kawah gunung berapi itu. Bromo ini seumpama “hell on earth” lebih-lebih lagi apabila kedengaran lava yang membuak-buak dari dalam kawah.
Satu pengalaman yang sangat unik, untuk orang yang sihat dan fit. Seluruh proses mengambil masa dalam masa 2 jam. Kalau tak mampu berjalan sampai ke permulaan anak2 tangga, boleh sewa kuda dengan pengendalinya sekali. Kalau tak mampu panjat anak2 tangga itu, tunggu saja di bawah. View di situ pun cukup menarik tetapi tak dapatlah menjenguk ke dalam kawah.
Satu perkara lagi. Berhati-hati bila sampai ke atas permukaan kawah. Walaupun ada railing besi yang menghalang kita dari tergelongsor ke dalam kawah, sebahagian railing telah berkarat dan reput. Aspek keselamatan agak longgar di sini. “Do it at your own risk.”
Bagi saya pengalaman mendaki Gunung Bromo dan menghidu sendiri wap sulfurnya dan mendengar gelegak lahar dari dalam kawahnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Masha Allah.
Lihat gambar2 di link di bawah.