Dok KL lama dah. Biasa sangat naik LRT dan MRT. Tapi jarang sekali naik bas. Setahun sekali dua adalah. Saya memang peminat bas dari kecik. Dulu hobi saya simpan ticket bas UTC. Semasa travel overseas pon, memang suka naik bas. Lagi panjang bas tu lagi best. Terbaru masa pi Balkan tahun 2019, naik turun bas selama 11 hari gitu.
Pagi ini semasa menunggu seseorang di depan Masjid Hospital Sg Buloh, sempat berbual dengan pemandu bas perantara (feeder bus) dari HSB ke MRT Sg Buloh. Dia berhenti sekejap menunggu penumpang. Toilet break di tandas masjid HSB.
Rupa2nya cara naik bas dah berubah. Ini tips yg dia kongsi.
1. Naik bas di hentian yg ditentukan. Tak boleh tahan bas di mana mana suka.
2. Naik ikut pintu depan. Turun ikut pintu belakang.
3. Bayar tambang pakai kad T&G saja. Tiada wang tunai diterima di atas bas. Ada 2 scanner T&G disediakan. Satu pintu naik (depan) satu pintu turun (belakang). Always scan 2 kali. Masa naik dan masa turun.
4. Bayaran dikenakan ikut zon. Bayaran maksimum RM3 akan ditolak dari baki kad T&G anda. Bila swipe masa turun di scanner pintu turun, refund akan dipulangkan balik jika tambang tak sampai RM3.
5. Angkat tangan utk menahan bas. Nak turun tekan button merah di tiang dalam bas.
Kalau tiada kad T&G atau baki tak cukup lagumano?
Saya tanya soalan ini kpd drebar bas perantara ini. Katanya ringkas — tak boleh naik lah. Atas budi bicara pemandu utk tunggu sekejap supaya penumpang boleh pi top-up. Atau pun tunggu bas berikutnya. TIADA WANG TUNAI DITERIMA DI ATAS BAS, walaupun ada balang kaca sebelah pemandu utk masuk duit.
Tambang bas GOKL percuma.
Tambang bas free Selangor percuma.
Tambang bas perantara (feeder bus) RM1 one way.
Sebelum bergerak dia ajak saya naik bas dia pusing dari masjid HSB ke MRT Sg Buloh dan balik semula ke masjid HSB. Dalam 20 minit satu pusingan katanya. Saya declined politely. Memang tiada penumpang waktu itu.
Dia melahirkan rasa kecewa dengan sikap org tempatan yg tak suka naik bas. Yang ramainya foreigners yang ambik kesempatan naik bas percuma.
KESIMPULANNYA untuk naik pengangkutan awam di KL wajib ada kad T&G atau kad pengenalan yg ada fungsi T&G. Wang tunai anda tak laku di sini.