life is short. do first thing first.

Tag: masjid Page 7 of 8

Masjid annur UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, Tronoh, Perak, Malaysia

image

Masjid ini terletak di dalam kampus universiti di tepi tasik buatan, di luar jangkauan masyarakat tempatan Tronoh. Ruang solat berhawa dingin dengan sistem PA yg hampir sempurna. Akses ke ruang solat utama menggunakan pintu automatik yang ditrigger dengan sentuhan. Karpet import tebal. Sepertimana masjid-masjid mega yang lain, bilangan jemaah pd solat zuhur 19/9/2011 tidak sampai 2 saf, sekitar 1% dari kapasiti asal masjid.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Khutbah jumaat di Miri, Sarawak

image

Antaranya kelebihan berwakaf. University alazhar di mesir yg terkenal di seluruh dunia diasas atas konsep wakaf. khatib memetik hadith riwayat Muslim iaitu 3 perkara yg mengalir pahalanya sampai harini qiamat salah satunya AMALAN JARIAH. Aku bagaimana?

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Masjid Aman, alor star, kedah

image

Perjalanan hidup saya diteruskan.
Hari ini saya singgah di masjid ini di pinggir  bandaraya alor star menghadiri majlis akad nikah anak saudara di masjid ini. Seperti biasa, diluar waktu solat, masjid sunyi sepi, kecuali majlis akad nikah dan kematian dan maulidurrasul.

Masjid ini terletak di simpang empat yg sibuk ke kuala kedah, kangar dan exit ke lebuhraya PLUS. Utk sampai ke sini, exit di ALOR STAR SELATAN dari lebuhraya, dan dari plaza tol terus saja sehingga jumpa simpang ke kuala kedah.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Masjid Sg Baru, Gunung Keriang, Alor Star, Kedah

image

Cuti sekolah bulan june 2011 membawa aku ke masjid ini di tepi sawah padi yang mewarnai landskap negeri Kedah Darulaman. Tak jumpa rumah tempat kenduri kami terjumpa masjid ini. Terus parking utk solat jamak zuhur/asar. Terdapat tapak perkuburan di sebelahnya. Jalan masuk dari jalan utama perlu menyeberangi jambatan sempit merentasi sebuah tali air.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Khutbah jumaat di masjid an-naim, lutong, miri, SARAWAK

image

Jumaat 6/5/2011

Antara mesej kunci khutbah hari tok di masjid tok:
1. Cinta kpd saudara Sebagaimana dia mencintai diri sendiri – baru sempurna iman.
2. Piagam madinah tidak membezakan rakyat atas bangsa dan warna kulit. Sesiapa mengucap kalimah syahadah dialah saudara kita.
3. Pengorbanan sahabat dlm perang yarmok.
4. Peribahasa lama … terapung sama hanyut, tenggelam sama basah.
5. Musuh gembira bila umat islam tidak bersatu.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Page 7 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén