bumisepi.com

life is short. do first thing first.

Bro Anwar Ibrahim berkempen di Miri, Sarawak

 

DS Anwar Ibrahim berceramah di Morsjaya, Miri pada 8/4/2011

Bahang pilihanraya Sarawak pada April 16, 2011 meningkat perlahan-lahan. Tidak seperti di Semenanjung, rata-rata masyarakat Sarawak masih takut-takut dan malu-malu menghadiri ceramah umum. Mereka tidak biasa dengan ceramah umum. Mereka tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa kerajaan BN. Walau bagaimana pun, perubahan semakin  jelas dan tidak dielakkan.  Bermula dengan Sibu dan Kuching, pengaruh PR semakin meningkat. BN tidak lagi selamat di kawasan bandar di 4 bandar utama di Sarawak, jika pendekatan sama digunakan. Rakyat melihat projek pembangunan yang bertumpu di  kawasan tertentu dan berkepentingan sahaja. Contoh berdekatan tempat aku ditugaskan (Miri), ialah jalanraya Miri ke Marudi. Hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda sahaja. Bot laju yang tidak berapa laju (dipanggil ekspres) melalui Batang Baram menjadi nadi utama dari Miri ke Marudi. Marudi bukanlah pekan kecil, tetapi pusat daerah yang maju dengan aktiviti perniagaan — ada beberapa bank besar di pekan ini. Tetapi sejak 30 tahun dulu rakyat bersabar menaiki bot yang sempit, busuk dan tanpa penyelenggaraan sempurna. Masa perjalanan dengan bot juga dua kali ganda berbanding dengan perjalanan dengan jalan darat. Jika anda ke Miri, ada sebatang jalanraya yang penting yang menghubungkan pusat bandar Miri ke Kuala Baram. Jalan ini ialah jalan raya Pujut/Miri yang sentiasa sesak dengan trafik setiap pagi dan petang. Kawasan perumahan baru di Senadin dan Permyjaya menyebabkan bottleneck kerana penduduk terpaksa melalui jalan satu-lorong untuk sampai ke jalan Pujut/Miri dan seterusnya  ke pusat bandar Miri. Ini adalah 2 contoh kemelut infrastruktur yang sepatutnya dibereskan sekian lama dulu. Isu-isu ini ditambah dengan isu korupsi kerajaan BN pasti menjadi modal calon-calon DAP kawasan Piasau, Pujut dan Senadin. BN yang diwakili oleh calon-calon veteran SUPP seperti Dr George Tan di kawasan-kawasan ini pasti tidur tak lena. Ditambah pula oleh kehadiran Bro Anwar yang mencangkan konsep 1Malaysia bukan lagi SATU MALAYSIA tetapi SAPU MALAYSIA. Ketua Menteri Taib Mahmud sedang mengSAPU MALAYSIA untuk diri, keluarga dan kroninya. “His time is up!”, kataAnwar. Mengikut kawan yang ikut serta, crowd ceramah ini memang besar, menurut standard Sarawak, kebanyakannya kaum Cina yg menjalankan perniagaan di Morsjaya, suburban area di antara pusat bandaraya Miri dan lapangan terbang Miri.  Aku kira, selebihnya orang-orang Semenanjung macam aku yang cuma datang nak dengar dari horse’s mouth tapi tak boleh mengundi.

Surau PV8 Taman Melati, KUL

Notis kpd penduduk Muslim

Kondo PV8 - view dari taman

PV8 - view dari taman

View dari Tingkat 25 Kondo PV8 (Taman Melati view)

PV8 ialah sebuah projek kondominium di Taman Melati, Setapak, di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya berdekatan dengan UIAM Gombak dan UTAR menjadikannya pilihan utama kepada golongan pelajar dan tenaga pengajar yang kebanyakannya dari luarnegara. Surau ini terletak di aras lantai blok C, bersebelahan dengan pasar mini dan kolam renang. Surau ini memang hidup dengan aktiviti utama ialah solat berjemaah lima waktu yang dipimpin dan dimakmurkan oleh sahabat-sahabat dari timur tengah seperti Somalia, Sudan, Algeria dan Mesir dan juga dari India, Bangladesh.  Sepanjang saya di sini tak ramai orang Malaysia yang mengunjungi surau, mungkin kerana tidak biasa dengan solat subuh tanpa doa qunut dan tiada zikir lepas solat. Waktu iqamat di surau ini ditetapkan dengan jelas dan ditampal di papan kenyataan — tipikal di masjid-masjid mazhab Hanafi. Surau muslimah terletak di sebelah lelaki. Surau ini berkarpet dan berkipas dan mempunyai tempat wuduk yang luas dan sebuah tandas lengkap.  Surau hanya untuk tenants kondo ini sahaja. 

Jika anda ingin merasai pengalaman menunaikan solat di masjid/ musolla di timur tengah atau India/Pakistan, inilah tempatnya. Waktu maghrib paling meriah dengan kanak-kanak internasional “speaking in Arabic and English”.

PV8 Taman Melati, Setapak —  tempat tinggal yang sesuai. Dekat dengan LRT Taman Melati. Bersebelahan lebuhraya MRR2. Dekat dengan UIA, UNITAR. Bersebelahan sekolah menengah dan rendah. Lain-lain kemudahan – stesen servis PETRONAS, Mc Donalds, Carrefour Express, Balai Bomba.

Surau Darul Ikhlas, Lutong, Miri, SARAWAK

 

Surau kayu 2-tingkat ini terletak di Kg Senadin di Lutong, Miri, Sarawak. Lutong — 15 km dari pusat bandaraya Miri — terkenal kerana di sinilah terletaknya pejabat utama Petronas Carigali dan Shell Sarawak yg menjalankan operasi cari dan gali minyak di pantai pesisir Sarawak. Surau dan Kg Senadin ini sangat rapat dengan Miri Crude Oil Terminal (MCOT) dan boleh menjadi hazard di kala kecemasan. Ini adalah Kg Senadin asli di Lutong didiami masyarakat tempatan. Jangan confuse Kg Senadin dengan Taman Desa Senadin di seberang Jalan Lutong – Kuala Baram — sebuah taman perumahan baru yang besar yang didiami warga Curtin University cawangan Miri.

>>> Posted from mobile device via WordPress for Android

coming up soon >>> kinabalu expedition

image

This project took place mid February, a week after cny. Full story and pixs are under way.

>>> Posted from mobile device via WordPress for Android

Restoran Dollah di Kemaman, TERENGGANU

Jika anda sampai di Kemaman, Terengganu di waktu yang betul, singgahlah sekejap di restoran ini. Kedai makan ini dibuka pada awal pagi untuk sarapan pagi sehingga waktu makan tengahari sahaja.  Selepas itu ditutup. 

Pada waktu pagi, roti canai dengan kari ikan tenggiri sangat popular di sini. Maap tak sempat ambil gambar sebelum, hanya gambar selepas. Karinya memang sedap, pekat dan betul-betul ‘kaw’.  Jangan lupa pesan teh tarik yang kurang manis. Menu popular makan tengahari ialah nasi beriani.

Hidup perlu ringkas seperti ini.

Roti kosong dengan kari ikan tenggiri. (Gambar selepas, ikan sudah habis)

Kedai makan ini biasa sahaja terletak di bawah sepohon pokok besar di tepi jalan utama dari pekan Kemaman menghala ke Kijal. (selepas stesen minyak Shell).

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Kemaman ialah perhentian utama dari Kuantan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Sebenarnya, Kemaman lebih dekat dengan Kuantan (50 kms sahaja) berbanding dengan Kuala Terengganu (150 kms). Bandar ke dua terbesar di Terengganu. Industri minyak dan gas berpusat di daerah Kemaman. Kemaman sebenarnya ialah nama sebuah daerah di Terengganu dan nama bandarnya ialah Chukai. Tetapi orang ramai lebih mengenali Kemaman sebagai sebuah bandar dan bukannya Chukai.

Page 48 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén