
Assalamualaikum,
Baru-baru ini semasa aku melalui Jalan KB- KT, aku singgah solat di masjid ini. Ianya terletak sepanjang jalan utama Kuala Terengganu ke Jerteh (seterusnya ke Kota Bharu, Kelantan). Betul-betul di tepi jalan. Di sebelah kanan kalau dari KB. Masjidnya besar berwarna hijau. kawasan parkir yang luas di bahagian hadapan. Ada wakaf dan buaian di belakang masjid, sesuai untuk musafir berehat dan membetulkan urat sebelum meneruskan perjalanan.
Masjid ini berdekatan dengan Kg Gemuruh iaitu susur keluar ke Lebuhraya Pantai Timur 2. LPT2 ialah lebuhraya bertol menuju ke Kuantan dan seterusnya KL.
NOTA –> Jangan tersilap masjid ini dengan Masjid Kg Anak Ikan. Mereka adalah 2 masjid yang berbeza.
END of post.
Assalamuaikum.
Salam 1 Februari 2019. Warga KL cuti harini. So ada masa nak menulis sikit. Hehe macam lah dia sibuk sangat.
Kali ini aku nak cerita pasal sebuah masjid yang lain dari yang lain. Kelainannnya ialah semua makmum kena pakai uniform masa solat.
Memperkenalkan —-> Masjid RAMD (Regiment Askar Melayu Di Raja) di Port Dickson. Masjid ini terletak dalam kem askar di Kg Si Rusa. Dari pusat bandar PD menuju ke Teluk Kemang, kem ini terletak di sebelah kiri. Ikut saja papan tanda sepanjang jalan pantai tersebut. Anda kena belok ke kiri sedikit baru jumpa masjid ini. Masjid ini bersebelahan Muzium Tentera Darat.
Masjid ini dimakmurkan sepenuhnya oleh pelatih, askar dan kakitangan kem tentera darat. Pelatih memakai uniform semasa solat berjemaah. Dan selepas solat subuh mereka akan terus berkawad di padang besar sebelah masjid.
Aku selalunya solat subuh di masjid ini selepas bermalam dalam khemah di pantai berdekatan.
END of post.
Pada hari terakhir di Copenhagen, aku membuat keputusan untuk menyeberangi sempadan Denmark – Sweden. Hanya sekadar untuk jalan-jalan. Sahabat aku bagitau kalau naik bas ke Malmo (Sweden) hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit termasuk urusan imigresen dan kastam di sempadan Denmark / Sweden. Bas akan melalui Oresund Bridge yang terkenal itu. Malam itu juga aku membeli tiket bas FlixBus online. Tak mahal pun. Kurang dari 10 Euro untuk tiket pergi balik.
Keesokan pagi, kami menaiki subway (metro) ke Central Station di tengah bandar Copenhagen. Terdapat hentian bas di luar bangunan Central Station di mana bas ekspres antara bandar ke semua destinasi di Scandinivia beratur mengambil penumpang. Ada bas ke Oslo, Hamburg, Stockholm dan banyak lagi destinasi. Pastikan anda menaiki bas yang betul. Pemandu bas membuat semua benda, bukan saja memandu, dari mengangkat barang sehinggalah kepada menjawab soalan dari penumpang yang nampak sesat. Bahasa Inggeris tiada masalah di sini.
Bas kami tiba agak lewat.
Selepas semua penumpang naik bas, bas bergerak keluar dari kota Copenhagen di kedinginan musim sejuk dengan salji yang rintik-rintik.
Oresund Bridge menyambungkan Denmark dan Sweden. Keunikan Oresund Bridge ialah sebahagiannya terletak di bawah aras laut dan sebahagian lagi di atas permukaan laut. Jika anda sampai ke Copenhagen, cubalah cari jalan untuk menaiki jambatan ini — salah satu cara ialah dengan menaiki bas ke Malmo, Sweden (day trip).
Border crossing Denmark ke Sweden
Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk memasuki Sweden. (Perlu passport sahaja). Tetapi ada pemeriksaan imigresen Sweden sebaik sahaja bas turun dari jambatan memasuki negara Sweden. Pada hari kami sampai, beberapa orang anggota polis dan pegawai imigresen menaiki bas kami di checkpoint untuk memeriksa dokumen perjalanan secara rambang dan bertanya soalan kepada penumpang yang suspicious-looking. Kami hanya menjawab yang kami nak pergi Malmo untuk sight-seeing. Berapa lama di Malmo? Petang nanti balik semula ke Copenhagen.
Selepas melewati Oresund Bridge dan pemeriksaan imigresen kami memasuki bandaraya Malmo. Di sebelah kiri kami ternampak gedung membeli belah IKEA yang sinonim dengan Sweden. Bukit salji yang masih beku kelihatan di kiri kanan lebuhraya menuju ke Malmo. Dari sini, jarak ke Stockholm, ibu negara Sweden lebih kurang 600 km.
Apa kami buat di Malmo?
Bas berhenti di Malmo Central Station, hub pengangkutan utama di Malmo. Di sinilah terletaknya stesen keretapi dan stesen bas.
Dari situ kami jalan-jalan menuju ke pusat bandar. Tidak ramai orang lalu lalang dan tidak banyak aktiviti. Mungkin cuaca terlalu sejuk dan salji masih turun. Kami terjumpa sebuah taman dipenuhi salji tebal di tepi sungai yang airnya belum membeku. Tempat terbaik untuk bergambar.
Dalam perjalanan balik ke Central Station untuk menaiki bas pulang ke Copenhagen, kami melalui pusat bandar baharu Malmo. Bangunan dengan senibina moden dan kontemporari dapat dilihat di kawasan ini.
Jam 4 petang hari itu, kami sudah berada semula di Copenhagen.
Lihatlah imej di bawah yang sempat dirakam sepanjang perjalanan ke Malmo.

Screenshot ini menunujukkan lokasi Oresund Bridge yang menyambungkan negara Denmark dan negara Sweden. Malmo terletak dalam negara Sweden.
Assalamualaikum kpd semua. Berjumpa lagi.
Sebelum tu, masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2019. Semoga tahun baru ini lebih banyak pengalaman baru hasil dari perjalanan baru yang kita dapati. Apa benda baru yang aku nak buat pada tahun ini? Haha soalan yang berat. Insyaallah aku akan teruskan mengumpul bekalan dan membuat persiapan.
Kali ini aku ingin bercerita pasal kisah kembara aku ke Hong Kong tahun lepas. Untuk memudahkan aku menulis dan korang membaca aku akan bahagikan kisah ini kpd beberapa bahagian. (spt kisah aku pi Copenhagen haritu, dah baca belum?).
Ini adalah posting pertama. Part 1 gitu.
Segalanya bermula di klia2.
Kami menaiki Air Asia menuju HK pada suatu pagi yang indah.
HK International Airport (airport code: HKG) adalah airport ke tiga tersibuk di dunia, dari segi jumlah penumpang antarabangsa yang menggunakan airport ini. HKG terletak di sebuah pulau yang telah ditebusguna (reclaimed land) bernama Chek Lap Kok. Jarak dari HKG ke hotel kami di Kowloon lebih kurang 35 km.
Selepas mendarat di HKG, dan selesai urusan imigresen dan kastam, kami membeli kad Octopus. Kad ini seperti kad Touch & Go di KL dan gunanya untuk naik pengangkutan awam di HK seperti bas dan metro.
Dari airport kami naik bas no A21 menuju ke pusat bandar (Kowloon). Kelebihan naik bas berbanding metro (dikenali sebagai MTR) ialah boleh tengok banyak pemandangan menarik sepanjang jalan dan tambangnya lebih murah. Sebab utama kami naik bas ialah tidak perlu tukar tren (kalau naik metro).
Bas A21 memang selesa dan berhawa dingin. Semasa naik bas, swipe saja kad Octopus kpd scanner berdekatan pemandu bas dan tambang bas terus ditolak dari kredit sedia ada. Laluan bas ini melalui Tsing Yi Bridge yang tersohor itu dan juga terminal kontena dan seterusnya melalui daerah Mong Kok dan sampai ke Kowloon. Kalau naik tren, memang tak nampak ini semua. Rugi naik tren. Enjoy images below.
Jumpa lagi di Part 2. HONG KONG here we come..

Suasana dalam bas dua tingkat ini memang selesa, Bas berhenti di banyak tempat. Pastikan lokasi hotel anda supaya anda turun di hentian bas yang betul.
END OF POST.










































































