life is short. do first thing first.

Category: Travel Page 26 of 44

Returning to Miri again

Miri in Sarawak is a beautiful city. On 5 July 2013, I returned to the city. I found this billboard greeting travellers to the city, while exiting Miri Airport (Airport code MYY).  It was a good feeling to be welcomed in the foreign place. Foreign in the sense that you must go thru immigration checkpoint once you landed in the Miri airport, eventhough you are Malaysian from KL or from other states within Malaysia.

I sure missed few things about Miri, one of them is nasi lalapan, others being road condition going out of city and its nearness to Brunei, which allows you to travel to the small wealthy kingdom with ease. I must say if there is two journeys I must undertake in Borneo, it would be Kuching-Pontianak and Sibu-Kapit.  Well, I will return this coming Malaysia Day to Miri.

By the way, one simple quiz to test your Malaysia knowledge; how many hours it takes for a bus ride from Sibu to Kapit?

Masjid Azzubair ibnul Awwam di Bandar Sri Permaisuri, KL

image

Saya singgah sebentar di masjid ini pada 30 Jun 2013 untuk solat Asar selepas menghantar Syahirah ke apartmentnya berdekatan Stesen LRT Cheras.

Masjid ini terletak di simpang tiga berlampu isyarat, sepanjang Jalan Jelawat. Akses ke sini melalui Jalan Cheras dan Jalan Ikan Emas. 

Surau LCCT KLIA

image

Saya sempat solat Subuh di surau ini selepas menghantar orang yang di kasihi ke LCCT pd hari Sabtu 8/6/2013.

Surau ini terletak betul-betul di hadapan terminal bas menuju KL Sentral. Medan makan (food court) LCCT terletak bersebelahan saja. Tandas awam juga di situ. Surau ini lengkap dengan tempat wuduk dan kipas siling. Sangat sesuai untuk pelancong yang baru tiba dan ingin berehat sekejap sementara menunggu seseorang atau penerbangan seterusnya.

Masjid Umari di Kg Telaga Bata, dekat Kota Bharu, Kelantan

image

Masjid ini terletak di pinggir bandar Kota Bharu di negeri Kelantan.
Saya singgah utk solat Jumaat pd 31 Mei 2013 semasa menziarahi sahabat Hj Ghani di Kg Telaga Bata. Masjid lama ini terletak di sebelah jalan utama di kampung ini.

Bagaimana nak sampai ke sini?

Bukan mudah untuk sampai ke masjid ini terutama bagi orang luar. Jalan mudah untuk sampai ke sini dari KB ialah melalui Kubang Kerian. Dari jalan depan HUSM terus jalan sehingga sampai simpang empat, belok ke kanan menuju pekan Raja Jembal (nama lama = Kedai Lalat) melepasi Pulau Melaka (Pulau Melaka terkenal kerana rumah TG Nik Aziz dan sekolah agamanya di sini). Selepas lampu isyarat ke dua di Raja Jembal, pusing kiri dan jalan terus sampai simpang tiga menuju Bachok. Pusing kanan dan masjid ini lebih kurang 1atau 2 kilometers sepanjang jalan ini.

Mengapa anak muda Malaysia perlu banyak mengembara

Saya terbaca artikel ini dan memang bersetuju dengan pandangan penulis Sdr Johan Jaffar. Seperti kata orang alim – dunia ini sebuah buku. Jika anda tidak mengembara, anda hanya membaca muka surat pertama saja. Ikuti artikel itu di sini.

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/rencana/article/anak-muda-malaysia-mengembaralah-johan-jaaffar/

Page 26 of 44

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén