life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 29 of 64

Projek U – sinopsis

1010770-london-resized

Assalamualaikum semua,

Projek U adalah kembara ke UK dan Iceland ala backpacker, semuanya secara sendirian berhad. Tempahan hotel dan pengangkutan (darat dan air dan udara) semuanya melalui internet.  Semua kaedah perjalanan (kerete sewa, bas, feri, kapal terbang, teksi) dirasai. Pertolongan beberapa individu di Dublin dan Belfast dan Leicester dalam menjayakan projek ini tidak dapat dinafikan. Syukran jazilan kepada Adam Zubir yang sudi meminjamkan kereta, dan kepada Nabilah Bahari yang sudi menjadi guide di Ireland dan Paris. Dan tak lupa kepada Wan Nor, seorang yang setia di sepanjang perjalanan.

Projek ini berlangsung pada November 2014.

Untuk memudahkan saya menulis dan anda membacanya, saya pecahkan projek ini kepada beberapa segmen.

Pelan keseluruhan

Dublin – Cork – Galway – Belfast  (termasuk laluan pantai tersohor Atlantic Way)

Belfast – Giant Causeway – Belfast

Belfast – Glasgow (by ferry)

Glasgow – Leicester

Iceland (di bawah Projek R)

Around London

Around Leicester

London – Paris by train.

Around Paris.

Sila klik pautan untuk membaca cerita saya dan imej menarik.

Insyaallah saya akan cuba habiskan writeup ini dalam suku pertama atau kedua 2015, jika umur panjang. Ahemm hem. Batok sikit lepas balik misi banjir di Manek Urai Kelantan baru baru ini.

Semoga cerita ini bermanafaat kepada semua. Jika anda ingin mencoba kembara ini sendiri dipersilakan. Apa-apa persoalan hubungi saya di abuadam2006@gmail.com.

 

Projek C: Highway 44 to Krabi

image

From Chumphon,  our next destination is Krabi,  the resort city at the east cost. We drove to Surat Thani via highway 41, and turn right on highway 44 to Krabi.

Projek C: Masjid Thap Sake di Thailand

image

Selepas bergerak keluar dari Chumphon pada pagi hari Isnin 21hb September 2015, konvoi kembara korban Kemboja meneruskan perjalanan ke utara menyusuri lebuhraya 41 ke Kota Bangkok. 

Kami mencari masjid ini selepas dikesan oleh Encik Gamin melalui sistem GPS.

Masjid alAnsar namanya,  mungkin tidak ramai muhajjirin di kawasan ini. Masjid ini terletak di pinggir jalan raya 41 sebelah kiri selepas pekan Thap Sake. 100 meter ke hadapan sebelah kiri,  terdapat sebuah kedai makan halal.  Apalagi,  selepas solat Dhuha dan tahiyyatul masjid dan bergambar,  kami singgah di warung ini untuk sarapan dan lunch sekali.  Brunch kata orang kampung saya. Kerana Hari masih awal dan kena masak nasi goreng, itik salai,  dan daging bakar untuk 23 orang, makcik dan anak perempuannya agak terkejut. Sehinggakan air panas disuruh kami bancuh sendiri.  Rasa itik salai dan daging bakar dan sos pencicah memang out of this world. A separate posting on this later,  Insyaallah. Remind me. Betul memang sedap. Sedap giler kata anak saya Adam.

Projek C: Mencari masjid di Thailand

image

Kami melalui pekan Patthalong

Projek C: Mencari masjid di Ho Chi Minh city VIETNAM

image

Assalamualaikum semua. 
Jika anda melawat HCMC,  ada beberapa masjid di sini. Yang paling dekat dengan kawasan pelancong di tengah bandaraya ini ialah SAIGON CENTRAL MOSQUE. Terletak di jalan Du Dong.  Pintu masuk masjid berhadapan restoran Saigon Halal. Terdapat bangunan lama kelas fardu ain di sebelah masjid ini.

Masjid in berdekatan dengan landmark seperti Caravelle Hotel, Sheraton hotel,  Opera house, Jalan Le Loi.

Saya sempat singgah dan solat Dhuha di masjid ini pada hari Ahad 27 September 2015. 

Page 29 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén