life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 10 of 64

Zagreb, Croatia (Part 18)

NOTA: Ini adalah bahagian ke 18 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan, bermula di Sofia, Bulgaria dan berakhir di Venice, Italy. Kali ini kita sampai di kota Zagreb, ibu negara Croatia. Lihat peta Balkan ihsan internet di bawah untuk melihat di mana Croatia.

Croatia berjiran dengan Bosnia, Hungary, Serbia dan Slovenia. Penduduknya hanya 4 juta orang. Negara ini menyertai EU (European Union) pada tahun 2013. Ibu negara Croatia ialah Zagreb, antara penempatan tertua di rantau ini. Penduduk Zagreb melebihi 800K.

Balkan Countries
Croatia ialah salah sebuah negara Balkan, di utara Bosnia.

Kami meninggalkan Taman Negara Plitvicka jam 12:30 tengahari menuju ke Zagreb. Sebelum masuk ke pusat bandar Zagreb, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran Turki.

Makan tengahari di Zagreb. Ikan goreng. Ikan yang sama semasa makan tengahari di Blagaj dekat Mostar hari tu. Alhamdulillah. Terima kasih Encik Sallehin.
Lebuhraya menuju ke Zagreb, Croatia.
Hujan non-stop di Zagreb pada hari itu.

Sebaik memasuki pusat bandaraya Zagreb, destinasi pertama kami ialah Zagreb Central Mosque, masjid terbesar di seluruh Croatia. Ianya siap dibina pada tahun 1987, hasil sumbangan dari kerajaan UAE. Senibinanya moden, tidak melambangkan senibina Kerajaan Uthmaniyyah seperti mana masjid-masjid lain di Balkan. Haha .. what a break!! Kubah masjid yang unik — 3 layers of domes and one tall minaret. Selain ruang solat, ada restoran halal dan sebuah madrasah dalam kompleks ini. Ada reception area untuk tetamu. Tandas dan kawasan wuduk sangat bersih.

Kubah masjid yang unik — 3 layers of domes and one tall minaret.
Wuduk area.
Ruang solat yang luas dan selesa.
Design mehrab dan mimbar yang kontemporari di Masjid Zagreb, Croatia.

Selepas solat, kami bergerak masuk ke Centar — pusat bandar Zagreb. Cuaca sejuk dengan hujan renyai-renyai.

If Albanians love so much their Mercedes, Croatians prefer Audi. Seen in Zagreb Croatia.
Tram berwarna biru menjadi hallmark pengangkutan awam di pusat bandar Zagreb, Croatia. Sama seperti red bus di London.
Zagreb, Croatia
Zagreb, Croatia

Kisah-kisah sejarah lama bandaraya ini berlegar di sekitar dataran utama di tengah pusat bandar Zagreb yang dikenali sebagai Ban Jelacic Square. Di sinilah semua bas dan tram berhenti. Memang banyak tugu-tugu, monument, bangunan lama dan gereja lama di kawasan ini.

Antaranya ialah Cathedral of Zagreb, sebuah gereja Roman Katholik dengan senibina Gothic yang mempunyai 2 menara. Salah satu menaranya musnah semasa gempa bumi pada tahun XXXX dan sedang dibaiki semasa lawatan kami ke sini. Dengan ketinggian 108 meter, gereja ini adalah bangunan tertinggi di Zagreb, dan boleh dilihat dari jarak yang jauh. Jika anda pernah melawat Notre Dame Cathedral di Paris, saya rasa keadaan di dalamnya hampir serupa saja. Kami tak masuk ke dalam kerana masa tak mengizinkan. Di luar cathedral ada fountain St Mary dan kebetulan hari lawatan kami ke sini mereka menyambut hari Easter. Banyak easter eggs di atas bukit di sekitar Cathedral. Musim bunga

Apa beza church dengan cathedral? Jawapan ringkas ialah cathedral ialah gereja besar yang menjadi ibu kpd gereja2 kecik lain.

Ban Jelacic Square ialah dataran utama di pusat bandar Zagreb, Croatia.
Replika tembaga di pusat bandar Zagreb, Croatia.
Replika tembaga di pusat bandar Zagreb, Croatia.
The Cathedral of Zagreb.
The Cathedral of Zagreb
Sejarah Zagreb banyak dipengaruhi oleh Roman Katholik, seperti fountain Holy Mary ini.
Encik Azmi mengkagumi sebuat arca seni di Ban Jelacic Square di Zagreb, Croatia.
Billboard di Zagrab. Croatia.
Inilah Ban Josip Jelacic, hero orang tempatan dahulu kala. Apa jasa dia? Saya pon tak tau..
Aktiviti melontar akan bermula. Tapi di sini tak banyak kedai terima matawang Euro, so apa lagi tukarlah ke kuna.
Matawang Croatia ialah kuna atau ringkasnya kn
Antara makanan halal di Zagreb.
Easter eggs di Zagreb, Croatia.
Spring is in the air… RapidKL di Zagreb semuanya biru.
Easter Eggs di hadapan pintu masuk Cathedral of Zagreb, Croatia.
Musim bunga di Zagreb, Croatia.
Ban Josip Jelacic Square di Zagreb, Croatia.
Hotel Panorama di Zagreb, Croatia.

Itulah sedikit sebanyak cerita kembara di Zagreb. Peminat sejarah dan peminat seni halus pasti suka kota ini. Banyak cerita di sebalik puluhan arca besi dan tembaga yang berselerak di tengah bandar Zagreb.

Malam itu kami check-in di Hotel Panorama. Next destination: SLOVENIA.

Trekking di Taman Negara Plitvice / Plitvicka, Croatia, (PART 17)

Assalamualaikum.

Hari ini 9 Syawal 1442. PKP seluruh negara.

Kita sambung pengembaraan kita di negara-negara Balkan.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 17 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Croatia. Lihat peta Balkan ihsan internet di bawah.

Croatia berjiran dengan Bosnia, Hungary, Serbia dan Slovenia. Penduduknya hanya 4 juta orang. Negara ini menyertai EU (European Union) pada tahun 2013. Ibu negara Croatia ialah Zagreb.

Balkan Countries
Croatia ialah salah sebuah negara Balkan, di utara Bosnia.

Kami memasuki sempadan Croatia dari arah Bihac. Immigration checkpoint sangat ketat. Senua orang diminta beratur dan turun dari bas, seorang demi seorang untuk passport stamping. Kemudian bas kami dinaiki oleh polis sempadan Croatia untuk diperiksa. Setiap seat penumpang diperiksa. Bahagian bawah bas tempat simpan bagasi juga diperiksa. Inilah pertama kali bas kami diperiksa sebegini ketat. Awal-awal lagi kami diberi amaran oleh Encil Willy jangan ambil gambar atau selfie di kawasan ini.

Masa menyeberangi sempadan negara-negara Balkan lain taklah seperti ini. Hanya pemandu bas yang turun membawa semua dokumen perjalanan kami.

Kami sampai border Bosnia/Croatia waktu hujan lebat. Cuaca sejuk dengan suhu 8 C.

Selepas melepas imigresen checkpoint, kami meneruskan perjalanan ke Taman Negara Plitvicka (aka Plitvice) yang tidak jauh dari sempadan. Taman negara ini adalah taman negara tertua di Croatia, sejak tahun 1949. Jarak ke Bihac hanyalah 20km, 135 km ke Zagreb.

Taman negara ini memang terkenal dan diiktiraf dalam UNESCO World Heritage List. Ianya dibuka sepanjang tahun, 365 hari setahun, menjadi tumpuan pelancong seluruh Eropah terutamanya pada musim panas dan bunga.

UNESCO mengiktiraf taman negara ini sebagai warisan dunia pada tahun 1979.
Pintu masuk ke Taman Negara Plitvicka di Croatia. Gambar saja sudah cantik.. Jom masuk!
Sebelum masuk kita parking bas PUPE dulu.

Apa yang menarik di Taman Negara ini ialah air terjun yang bertingkat-tingkat dan tasik-tasiknya. Ada di tingkat atas. Ada di tingkat bawah. Keseluruhan ada 16 tasik-tasik yang bersambung-sambung antara satu sama lain. Ada tasik kecil. Ada tasik besar. Airnya sejernih kristal dan berwarna biru dan hijau. mengikut musim. Subhanallah. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keunikan tempat ini melainkan anda datang terbang sendiri ke Croatia.

Untuk menikmati semua ini, tiada pilihan lain kecuali trekking / hiking di atas trail yang disediakan. Titi kayu (wooden planks) disediakan untuk berjalan di atas permukaan tasik. Ada beberapa lookout points yang di tebing tinggi untuk merakam detik indah dan untuk merasai percikan air terjun membasahi muka.

Di taman negara ini anda boleh pilih satu dari 4 trekking trails yang anda suka bergantung kepada tahap kecergasan, pemandangan yang nak dilihat dan masa yang ada.

Kami memilih laluan A sebab paling dekat. Dah agak dah… 3.5 km saja mengelilingi tasik dan panjat tebing dan jalan kaki dalam hutan. Laluan K paling mencabar — cover setiap tasik dan air terjun dengan jarak 18 km. Harga tiket masuk ke taman negara ini sama saja tak kisah laluan mana kita pilih.

Sebelum mula pastikan anda memakai kasut sukan yang sesuai. Bawa jaket sebab waktu ini boleh tahan sejuknya — kurang dari 10 Celcius. Bawa air minum dan biskut kering. Encik Willy sudah belikan tiket masuk untuk kami semua. AMARAN !! Program ini hanya untuk orang yang berupaya berjalan kaki. Kalau tak berdaya, tunggu saja di pintu masuk. Ada kafe dan kedai souvenirs di situ.

Klik link ini untuk menonton klip video air terjun di Plitvice Lakes, Croatia.

Taman negara ini terdiri dari beberapa tasik yang bertingkat-tingkat. Ada tingkat atas. Ada tingkat bawah.
Ada 4 laluan untuk trekking di Plitvicka Lakes, Croatia.
Plitvicka Lakes di Croatia
Air tasik ini berubah mengikut musim. Masha Allah.
Lookout point disediakan di Taman Negara Plitvicka, Croatia untuk pelancong bergambar.
Sesi photo-shoot di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Taman Negara Plitvicka, Croatia
Air deras di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Papan tanda di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Titi basah sebab hujan lebat di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Air terjun bertingkat-tingkat di Plitvicka Lakes, Croatia.
I made it. I made it !!!
Encik Abu dan isterinya di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Ada 4 laluan untuk trekking di Plitvicka Lakes. Croatia. A, B, C, K. Di musim panas boleh naik bot di atas tasik.
Ini bukan buatan manusia.
Ikan trout bersembunyi di Plitvicka Lakes di Croatia.
Titi kayu di Plitvicka Lakes, Croatia.
Plitvicka Lakes di Croatia.
Dilarang memancing di Plitvicka Lakes, Croatia.
Air tasik berwarna turqoise di musim bunga di Plitvicka Lakes, Croatia.
Kak Zah orang pertama di kampungnya yang sampai di Plitvicka Lakes, Croatia.
Titi kayu disediakan mengelilimgi tasik di Plitvicka Lakes, Croatia.
In case silap jalan di Plitvicka Lakes, Croatia.
Encik Abu berkata dalam hati — alangkah bestnya kalau boleh mancing di Plitvicka Lakes, Croatia.
Bergambar beramai-ramai di Plitvicka Lakes, Croatia.
Pelancong musim sejuk tahun 2019 di Plitvicka Lakes, Croatia.
Encik Abu teruja di Taman Negara Plitvicka di Croatia.
Dari tasik, panjat tebing tinggi, ikut jalan hutan ini untuk balik ke pintu masuk Plitvicka Lakes, Croatia.
Next stop — ZAGREB.

Masjid ini dibina pada tahun 1900 — Masjid Jamek Seremban NS

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Masjid Jamek Seremban atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek India, merupakan masjid pertama (dibaca: tertua) yang dibina di Negeri Sembilan.

Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr Ismail ini mempunyai seni bina unik serta berbeza daripada masjid yang ada di negeri ini.

Jika kebiasaannya seni bina bangunan di negeri ini dikaitkan dengan unsur Minangkabau, yang mana sesuai dengan Adat Perpatih, tetapi tidak pula masjid ini.

Masjid Jamek Seremban dibina di atas tanah wakaf pedagang Arab.
Minaretnya unik.
Karpet tebal dan berhawa dingin. Memang khusyuk solat di sini. Tak ramai pengunjung musim PKP ini.
Tempat wuduk luas dan bersih.
Waspada selalu. Kawaq ada di mana-mana.


Sudah beberapa kali diubahsuai untuk menampung kepesatan penduduk Seremban, sekarang masjid ini boleh menampung 1500 orang jemaah. Masjid ini menjadi masjid utama di Seremban sehinggalah terbina Masjid Negeri di sebelah Taman Tasik.

Jika datang ke Seremban, singgahlah untuk solat di sini.

Di sebelah masjid ada sebuah NGO memberi makanan percuma kpd asnaf sekitar bandar Seremban.

Masjid Negeri, Seremban, NS.

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Salah satunya masjid ini. Masjid Negeri yang terletak sebelah Taman Tasik (Lake Garden) di tengah-tengah bandar Seremban. Dibina dengan rekabentuk Minangkabau pada tahun 1967.

Masjid Negeri di Seremban. Tiga tingkat.
Minaret Masjid Negeri di Seremban.

Satu malam di Bihac, Bosnia. (Part 16)


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 8 Syawal 1442. Salam PKP seluruh negara.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 16 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kami meneruskan perjalanan dengan bas PUPE di lebuhraya M5 dan sampai di Bihac, sebuah bandar di sempadan Bosnia/Croatia. Penduduknya sekitar 70,000 orang dan ianya terletak 310 km ke utara Sarajevo.

Bila sebut Bosnia, terbayang di kepala kita Sarajevo dan Mostar dengan jambatannya. Jarang diperkatakan tentang Bihac. Apa yang menarik di Bihac?

Memang banyak tempat menarik di sini. Antaranya Fethija Mosque dan Una River. Cuma kami tak sempat nak explore.

Sebenarnya kami sampai di bandar ini hari sudah senja. Hujan masih turun. Keletihan dan kelaparan. Kami check-in di hotel Emporium yang agak jauh dari pusat bandar. Tiada aktiviti malam itu. Program pagi esok ialah sarapan dan terus check-out menuju sempadan Croatia.

Maaf. Tiada gambar tempat-tempat menarik di Bihac yang sempat dirakam, oleh sebab jadual yang ketat. Hanya ada gambar hotel kami bermalam dan sebuah kereta Mercedes hitam. Itulah salah satu drawback bilamana kita ikut organized tour. Kita tiada banyak pilihan. Tak boleh ikut suka hati kita tang mana nak pi. Hehe.. jangan marah Encik Solehin.

Boleh cari info tempat2 menarik di Bihac dalam internet. Link-link ini mungkin menolong, tetapi semua dalam Bahasa Inggeris.

https://www.inyourpocket.com/bihac

https://www.kathmanduandbeyond.com/bosnia-herzegovina-travel-blog/

https://www.hercegovina.ba/index.php/en/destination

Kami bermalam di Hotel Emporium di Bihac, Bosnia
Morning view of the hotel’s compound
View from hotel’s room
A black Merc parked at Hotel Emporium, Bihac, Bosnia
One of the supermarket in Bosnia

Page 10 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén