(Cik
Lin telah melancong ke Tokyo, Jepun pada Jun 2004. Maklumat di bawah tepat
pada waktu tersebut).
Tokyo terletak di bahagian tengah Pulau Honshu. (Peta ihsan www.maps.com)
Tokyo adalah ibu negara Jepun dan sebuah bandaraya metropolitan
yang berpenduduk padat (lebih kurang 12 juta orang). Ia terletak di selatan Pulau Honshu yang mempunyai empat musim. Musim bunga adalah waktu yang paling menarik
untuk anda lawati. Ini kerana
pemandangan bandar Tokyo akan dipanorama oleh bunga-bungaan yang baru
berkembang yang mana bermula di awal April hingga ke May setiap tahun. Musim luruh juga dikatakan musim yang cantik
pemandangannya dengan cuaca yang cerah dalam tona warna kuning keperangan. Musim luruh bermula dari awal September.
Memohon Visa
Bagi warganegara Malaysia, visa untuk ke Jepun boleh diperolehi
daripada Kedutaan Jepun yang bertempat di Pesiaran Stonor, Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur. Tiada bayaran dikenakan
untuk permohonan visa yang mengambil masa
3 hari bekerja . Pastikan anda
membawa dokumen yang lengkap seperti
yang disenaraikan oleh Kedutaan Jepun.
Bagi perjalanan untuk melancong atau transit, dokumen berikut perlu dilampirkan dengan borang permohonan:
1. Passport
2. Borang
permohonan visa
3. Sekeping
foto bersaiz passport
4. Butir penerbangan atau tiket
5. Surat pengesahan
jawatan dari majikan yang menyatakan sebab perjalanan, seperti melancong atau sebaginya.
6. Borang J
7. Butiran
lengkap jadual perancangan
perjalanan harian sepanjang tempoh anda berada di sana (itinerary)
8. Voucher
hotel atau dokumen hotel untuk penginapan anda.
Untuk butiran lanjut mengenai permohonan visa yang
lain seperti untuk sebab mesyuarat perniagaan dan sebagainya, sila rujuk
webpage http://www.my.emb-japan.go.jp/.
Kos dan matawang
Matawang Jepun adalah Yen. Pada masa ini (Jun 2004) tukaran matawang Jepun adalah RM3.50
bagi setiap 100 Yen. Di Malaysia
sekiranya tiada "money
changer" di kawasan anda,
anda bolehlah menukar wang di mana-mana
bank yang yang berdekatan, sebagai contoh kaunter Maybank. Kos perjalanan di Jepun khususnya di Tokyo agak tinggi -- pastikan anda merancang
perbelanjaan anda dengan sebaiknya sebelum bertolak bagi memastikan tiada masalah yang mungkin timbul semasa percutian.
Perjalanan saya ini
mengambil masa
Sistem pengangkutan
Sistem pengangkutan di Tokyo sangat mudah. Ini kerana setiap ceruk akan dilalui oleh
rangkaian keretapi bawah tanah, monorail dan bas yang dikendalikan lebih dari 12 syarikat pengangkutan yang
berbeza. Rangkaian keretapi yang paling
utama adalah JR East dan subway. Ini bagi memudahkan anda bergerak
sekitar pusat bandar Tokyo.
Untuk perjalanan yang menjimatkan anda bolehlah membeli tiket atau pass khas seperti yang di
bawah mengikut keperluan perjalanan anda:
1. Tokyo Free
Kippu (1580 Yen)
2. Toei and
Tokyo Metro One-Day Economy Pass (1000 Yen=RM 35)
3. Tokyo
Metro One-Day Open Ticket (710Yen)
4. Toei
One-Day Economy Pass (700 Yen)
5. Tokunai
Pass (730 Yen)
6. Holiday
Pass (2,300 Yen)
Untuk butiran lanjut sila rujuk
http://www.japan-guide.com/e/e2017.html
Sekiranya anda berminat untuk melawat luar kawasan Tokyo, terutamanya bagi yang
ingin lari dari kesibukan kota, bolehlah membeli tiket JR East Pass (merangkumi rangkaian JR Timur Jepun) ataupun Japan
Rail Pass (merangkumi seluruh Jepun).
Pass ini terbahagi kepada
dua jenis iaitu Ordinary Class (Kelas biasa) dan Green Class (Kelas Pertama,
lebih selesa dan kurang sesak). Pass
ini juga boleh digunakan untuk menaiki Bullet
train atau dikenali
sebagai Shinkansen .
Untuk pass yang lain sila rujuk
http://www.jreast.co.jp/eastpass/index.html.
Di Malaysia
anda boleh membeli pass JR East ini dari Jalpak Malaysia Sdn Bhd di alamat
: |
Suite 20, 01A, Level 20, Menara Citi Bank 165, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, MALAYSIA
TEL
03-2161-0922
FAX
03-2161-4719
|
Antara tempat menarik yang sempat saya
lawati sepanjang percutian ini ialah:
1.
Imperial Palace (10 minit dari Stesen Tokyo)
2.
Tokyo Disneyland dan DisneySea (15 minit dari Stesen Tokyo dengan
menaiki JR Keiyo ke Stesen Maihama)
3.
SeaWorld di Kamogawa (Turun di Stesen Awa-Kamogawa, 1 jam dari Chiba)
Satu pertunjukan
menarik di DisneySea di Tokyo, Japan.
Pertunjukan ikan
dolphin berirama memikat pengunjung kecil dan besar ke Seaworld.
Imperial Palace
di tengah-tengah Bandaraya Tokyo merupakan tempat wajib-lawat untuk pelancong.
Ianya merupakan tempat tinggal keluarga di raja Jepun sehingga hari ini.
Maharaja Akihito yang ada sekarang
ialah maharaja yang ke 125. Beliau berkahwin dengan Permaisuri Michiko,
seorang rakyat biasa dan mempunyai anak sulong bernama Naruhito.
Imperial Palace dikelilingi
oleh sebuah taman yang besar. Bahagian dalam istana ialah kawasan larangan
kepada pelancong atau orang awam kecuali pada hari jadi Maharaja sahaja. Rakyat
dan ahli politik Jepun sangat menghormati Maharaja mereka walaupun Maharaja
tiada kuasa politik mutlak.
Penulis di pintu
masuk ke Seaworld di Kamogawa. Kamogawa terletak satu-jam naik tren dari Chiba.
Paus pembunuh
(killer whales) beraksi di Seaworld.
________________________________________________________________________________________________________
Nota:
Edisi lengkap kembara ini tersedia dalam bentuk buku.
Lebih banyak imej dan panduan yang berguna dalam buku ini. Pastikan anda mendapat
satu salinan buku ini sebelum berangkat ke Tokyo, Jepun! Arigato huzaimas!