Cik Lin ialah seorang jurutera telekomunikasi sepenuh masa dengan sebuah syarikat petroleum terkenal. Beliau bertanggongjawab mengurus sistem PABX untuk 2000 lebih orang pengguna.  Hobinya melancong. Pada masa cuti dan bila duit yang dikumpulnya sudah mencukupi, beliau dan suami akan menempah pakej percutian samada di dalam dan luar negara. Sebagai seorang pengembara hardcore, beliau pernah menjelajah hampir ke seluruh Eropah. Antaranya UK/Ireland, Geneva, Amsterdam, Paris, Brussel dan Vienna.

 

Baru-baru ini sejak insiden 9/11, beliau beralih angin dari Eropah ke Asia Pasifik dan Asia Timur. Destinasi terbarunya ialah New Zealand  dan Jepun. Di masa lapang, selain dari mengembara, beliau suka memasak. Makanan kegemaran ialah kek coklat. Kek coklatnya memang best  --- sekali makan memang nak lagi!

 

 

Cik Lin (dua dari kanan – barisan belakang)  bersama rakan sekerja di pejabat.