life is short. do first thing first.

Cara daftar Pertubuhan / NGO dengan ROS / JPPM — pengalaman saya semasa PKP.

NOTE: ARTIKEL INI DIKEMASKINI PADA OGOS 2021.

Salam PKP dan salam Jumaat. Ya .. Hari saya mula tulis posting ini ialah hari Jumaat 29 Januari 2021. Hari publish? Haha ikut saya lah. Insyaallah tak lama lagi kot. Bila siap saya publish lah. Semoga artikel ini berguna untuk semua.

Projek nak daftar NGO ini adalah projek yang sepatutnya sudah lama siap. Ini KPI saya tahun 2019 yang tak tercapai.

Kalau nak daftar syarikat, kita pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Kalau kita nak daftar pertubuhan atau kelab, kita pergi JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) atau lebih glamor dengan akronim ROS (Registration of Societies Malaysia).

Disebabkan PKP semua traksaksi dijalankan secara dalam talian (online). Jadi ROS buat sistem e-ROS untuk memudahkan urusan pendaftaran ini. Hanya Setiausaha pertubuhan yang dibenarkan membuat permohonan baru.

Berikut saya nak kongsi pengalaman mendaftar pertubuhan atau persatuan atau kelab di musim PKP baru-baru ini.

Pilih nama NGO dan alamat pejabat

Nama NGO mestilah unik iaitu belum ada yang daftar nama tersebut. S/U boleh periksa dalam sistem e-ROS.

Nama mestilah dalam Bahasa Melayu dan diikuti oleh Bahasa Inggeris dalam kurungan, kalau ada. Ini adalah sebab permohonan kami ditolak kali pertama.

Alamat pejabat persatuan sangat penting kerana ia menentukan ROS negeri manakah yang akan memproses permohonan anda. Jika alamat NGO di Batu Caves, ROS Selangor di Shah Alam yang akan memproses permohonan ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat ini.

Negeri pertubuhan. Ia merujuk kepada negeri di mana alamat pejabat atau tempat urusan pertubuhan tersebut.

Taraf pertubuhan. Ini agak mengelirukan kalau S/U tak berhati-hati. Ingat S/U sahaja yang dibenarkan buat permohonan dalam e-ROS. So pastikan S/U anda seorang yang celik IT.

Taraf pertubuhan menentukan komposisi AJK. Maksudnya kalau taraf pertubuhan ialah negeri, maka setiap AJK mesti menetap dari negeri yang sama dengan negeri pertubuhan, Kalau negeri pertubuhan ialah Sarawak, maknanya semua AJK mesti dari negeri Sarawak. Maksudnya alamat dalam K/P AJK mestilah alamat di negeri tersebut.

Kalau taraf pertubuhan ialah kebangsaan, maka setiap AJK mesti datang dari 7 negeri yang berbeza. Jadi, sebelum nak lantik kawan baik anda jadi AJK dalam pertubuhan periksa dulu alamat dia dalam K/P.

Kesimpulannya planning is everything!

TIP: Bagaimana jika pertubuhan yang anda nak daftar ini hanyalah sebuah persatuan penduduk taman perumahan yang mana AJK-AJKnya memang menetap di taman perumahan tersebut tetapi alamat dalam K/P di negeri2 lain?

Dalam kes ini (mengikut seorang pembaca blog ini yang menghubungi ROS Perlis), anda boleh nyatakan taraf pertubuhan ialah NEGERI, Sebab pertama ialah pertubuhan ini tiada cawangan di negeri lain dan sebab kedua ialah semua AJK tinggal di negeri yang sama.

Bagi alamat berurusan dan surat-menyurat dalam kes ini, boleh letak alamat rumah pengerusi atau S/U dan tidak memerlukan alamat pejabat sebab pertubuhan adalah persatuan penduduk. Jika pengerusi bertukar pada masa akan datang, boleh update alamat baru selepas dipersetujui dalam AGM atau mesyuarat agong tahunan seterusnya semasa lantikan yang baru.

Terima kasih kpd Sdr Helmi Rashid yang berkongsi tip ini.

Berhati-hati mengenai taraf pertubuhan. Ia menentukan komposisi AJK yang akan dibentuk

Pilih format perlembagaan (dan sudah tentu, deraf isi perlembagaan)

Dalam e-ROS, saya kena pilih format perlembagaan untuk pertubuhan yang saya nak daftar. Perlembagaan ada 2 jenis dalam sistem e-ROS. Perlembagaan format sendiri atau perlembagaan format ROS. Contoh-contoh disediakan oleh ROS dan boleh didownload secara percuma.

TIP: Semasa Setiausaha mengisi borang online, pastikan apa yang ditulis atas skrin komputer sama dengan info dalam perlembagaan. Contohnya jika ada jawatan Penolong Bendahari dalam perlembagaan, jawatan yang sama juga mesti dicipta dalam sistem on-line. Setiap fasa dalam dalam perlembagaan mesti di copy/paste ke dalam sistem online.

Perlembagaan ialah undang-undang pertubuhan. Ia adalah garis panduan bagaimana pertubuhan beroperasi.

Pilih AJK penaja dan lantik Setiausaha dan jawatan2 lain

Bilangan minimum AJK ialah 7 orang. Yang wajib ada ialah Pengerusi, S/U, Bendahari dan AJK. Anda boleh tambah jawatan seperti Timbalan Pengerusi, Penolong S/U, Penolong Bendahari, jika perlu.

Pastikan nama jawatan dan bilangan jawatan sama seperti dalam perlembagaan pertubuhan. Periksa perlembagaan dahulu, sebab perlembagan ada format tertentu berkaitan dengan jawatan2 yang perlu diwujudkan.

Deraf lambang, bendera dan lencana pertubuhan anda.

Lambang menunjukkan identiti kepada pertubuhan. Keep it simple. Setiap warna dan bentuk membawa makna tertentu dan perlu diberi penjelasan. Cuba google dalam internet contoh-contoh lambang NGO.

Lambang, bendera dan lencana mesti diupload ke dalam e-ROS kemudian oleh S/U. Saiz imej perlu cukup besar dengan resolusi yang betul.

Contoh logo atau lambang NGO yang simple

Buat mesyuarat AJK penaja (guna applikasi zoom di musim PKP)

Di musim PKP mesyuarat fizikal tidak dibenarkan kerana melanggar SOP. Kami membuat mesyuarat atas talian menggunakan applikasi ZOOM.

Selepas mesyuarat, S/U tulis minit dan dapatkan kelulusan Pengerusi di atas setiap muka surat. Antara agenda mesyuarat ialah perlantikan AJK pertubuhan, nama dan alamat pertubuhan dan perlembagaan. Satu lagi perkara yang perlu dibincang dan dapat persetujuan dalam mesyuarat AJK Penaja ialah di mana nak buka akaun bank. Seperti minit mesyuarat yang lain, catitkan senarai kehadiran, tarikh, masa dan lokasi mesyuarat. Untuk lokasi mesyuarat, S/U tulislah mesyuarat dibuat secara online via app ZOOM (atau apa-apa apps yang digunakan).

S/U akan daftar akaun e-ROS untuk akses sistem e-ROS

Jika S/U belum ada akaun e-ROS, dia kena cipta akaun e-ROS. S/U sangat kritikal utk step ini. Ikut arahan atas skrin komputer. Pautan e-ROS di sini https://www.eroses.gov.my/ros.php

S/U isi borang permohonan online sekali dengan dokumen.

Pengalaman saya — langkah ini mengambil masa yang agak lama sebab maklumat pertubuhan seperti butiran AJK mesti di key-in dalam sistem. Perlembagaan yang ada 17 atau 18 fasa kesemuanya perlu dimasukkan dalam sistem.

Lambang, logo, lencana pertubuhan perlu diupload ke dalam sistem.

S/U buat bayaran permohonan

Bayaran proses permohonan ialah RM 30. Jika permohonan ditolak, kena bayar RM 30 lagi untuk permohonan baru. Jika ditolak lagi, kena bayar lagi. Jika Pendaftar Pertubuhan rasa kesilapan sikit sahaja, dia boleh saja minta kita buat pembetulan dalam sistem e-ROS dan hantar semula (tanpa caj).

Simpan resit pembayaran dlm bentuk softcopy pdf fomat.

S/U hantar permohonan online

Semak sekali atau dua kali atau tiga kali lagi selepas semua info dimasukkan dalam sistem e-ROS. Selepas yakin tiada lagi kesilapan, tekan butang HANTAR.

Tunggu jawapan dalam email samada lulus, ditolak atau perlu pembetulan.

Jika DITOLAK — Hantar permohonan baru (jika masih berminat)

Jika DILULUS — Alhamdulillah.

Jika perlu pembetulan / penjelasan — buat pembetulan dalam e-ROS dan SIMPAN

Jawapan akan dimaklumkan melalui e-mail dalam masa satu atau dua minggu selepas hantar (pengalaman saya dengan ROS Selangor).

Walaupun semua urusan permohonan dan kelulusan berlaku secara dalam talian, anda kena juga pergi ke pejabat ROS in person sekurang-kurangnya sekali untuk membuat carian rasmi. Maksud carian rasmi di sini ialah untuk mendapat dokumen-dokumen yang disahkan oleh ROS secara hard-copy. Dokumen-dokumen yang perlu dapat pengesahan ialah sijil pendaftaran, perlembagaan pertubuhan dan senarai AJK. Untuk buka akaun bank pertubuhan (selepas diluluskan), bank perlukan salinan dokumen2 tersebut disahkan dan dicop oleh Pendaftar Pertubuhan. Pengalaman saya dengan ROS Wilayah Persekutuan KL — perlu buat temujanji terlebih dahulu melalui email. No walk-in.

Buka akaun bank

Membuka akaun bank untuk pertubuhan memang mencabar. Terutamanya di musim PKP di mana waktu perbankan dipendekkan dan ramai staf bekerja dari rumah.

Hubungan baik dengan banker adalah kunci untuk mana-mana bisnes. Terima kasih kepada pegawai bank Bank Islam yang banyak membantu.

Lawatan ke bank tak cukup sekali. Kena pi banyak kali.. hehehe. Tapi tak jadi masalah utk saya. Saya memang suka pi bank. Selain masjid, bank membawa ketenangan kpd saya. Satu kali tu, kena saman dengan MPAJ sebab parking bukan ditempat parking. Padan muka saya. Dikompaun RM20 selepas bayar pakai app Flexi Parking.

Pengalaman saya dengan Bank Islam spt di bawah.

Pertama nak dapatkan info dan ambik borang.

Kedua nak serahkan borang dan dokumen yang diperlukan, termasuklah sijil pendaftaran pertubuhan, perlembagaan dan senarai AJK (kesemua dokumen ini mestilah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan). Satu lagi dokumen yang diperlukan oleh bank ialah minit mesyuarat AJK Penaja yang bersetuju untuk AJK membuka akaun bank, siapa penandatangan cek, bank apa, dan cawangan mana. Maklumat dalam minit mesti sama dengan. Jangan pulak mesyurat setuju nak buka akaun di Bank Islam tetapi isi borang permohonan di bank Hong Leong. Atau mesyurat setuju nak buka akaun di Bank Islam cawangan Taman Melawati tetapi isi borang permohonan di Bank Islam cawangan Sri Gombak. Contoh saja…

Satu lagi yang penting — bank memerlukan chop bulat (rubber stamp) untuk tujuan stamping di atas borang permohonan buka akaun bank. Chop bulat ini perlu ada info nama pertubuhan dan nombor pendaftaran pertubuhan. Chop bulat ini boleh ditempah di mana-mana kedai stationery atau kedai printing kad, banner, dll. Selalunya siap dalam masa satu atau 2 hari (kalau area KL lah). Beli sekali stamp pad berwarna hitam.

Ketiga nak serahkan borang dan dokumen yang tertinggal. Step ini optional.

Keempat serahan terakhir borang dan dokumen yang lengkap. Selepas ini tunggulah pegawai bank telefon samada diluluskan atau perlukan info lain. Pengalaman saya dengan Bank Islam — pegawai bank menelefon saya beberapa kali utk dapat maklumat tambahan. Akhirnya diluluskan juga.

Kelima nak dapatkan spesimen tandatangan dan thumbprint penandatangan cek (biasanya Pengerusi, S/U, Bendahari). Mereka tak perlu datang serentak ke bank. Untuk Bank Islam, mereka kena bawa K/P dan lesen memandu. Bank lain pun sama kot.

Bank sangat berhati-hati bila ada orang nak buka akaun pertubuhan atau kelab, disebabkan pertubuhan boleh mengutip dana dari orang awam untuk menjalankan aktivitinya. Bank Islam, dalam kes kami ini, akan bertanya beberapa soalan seperti sumber kewangan pertubuhan, harta alih dan tak alih pertubuhan, anggaran wang masuk dan wang keluar. Ini adalah sebahagian dari prosedur enhanced due diligence mereka. Dalam keadaan ekonomi sekarang, banyak scammers dan risiko money laundering meningkat, prosedur buka akaun bank sangat ketat.

Saya nak mention satu perkara di sini.

Bank Islam ada satu produk e-Banker untuk urusan transaksi secara on-line untuk syarikat dan pertubuhan. Semua transaksi seperti balance enquiry, fund transfer — biasa, inter-bank. instant transfer — dan lain-lain transaksi, semua boleh dibuat online. Tahap sekuriti pon OK. Kerani syarikat atau pertubuhan akan buat data entry di dalam sistem e-Banker, kelulusan akan dilakukan oleh pegawai pertubuhan seperti Pengerusi. Kelulusan dibuat di dalam sistem yang sama menggunakan ID dan password yang berbeza, menggunakan token yang disediakan oleh pihak Bank.

e-banker login page. Bendahari, S/U, Pengerusi akan diberi ID dan password berbeza.
ENTRUST tokens diguna untuk meluluskan transaksi secara online oleh S/U dan Pengerusi. Setiap orang dapat satu token. Approval codes akan dihantar ke token ini — samalah seperti TAC dihantar ke phone semasa kita buat transaksi online banking. Approval code diperlukan untuk meluluskan mana-mana transaksi online.

Ciri-ciri sistem e-banker memang banyak dan berguna kpd pertubuhan atau NGO dalam menguruskan kewangan mereka. Anda boleh buat pertanyaan dengan pegawai bank mengenai produk e-Banker ini. Highly recommended!

Saya rasa setakat ini dulu untuk posting kali ini. Semoga perkongsian ini bermanafaat utk semua. Kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu tinggalkan feedback dalam ruangan comment di bawah atau email abuadam2006@gmail.com. Insya Allah saya akan jawab.

END

Previous

Bila Izrail datang memanggil..

Next

Surau Darussalam, Paka, Dungun, Terengganu

50 Comments

  1. Nurul Nabilah

    Saya nak tanya, apa beza pertubuhan bercawangan dan pertubuhan tidak bercawangan ye?

  2. Salam puan. Pertubuhan di peringkat kebangsaan selalunya mempunyai cawangan2 di peringkat negeri. Itu contoh pertubuhna yg ada cawangan.
    Untuk memudahkan proses kelulusan, apply yang tiada cawangan dulu. Cawangan boleh ditambah kemudian. Peringkat induk boleh mohon tambah cawangan jika perlu kemudian dg menggunakan AJK induk. Ada borang kena isi dan sedikit bayaran.

  3. Shaha Yahya

    Salam Tuan, nak tanya selepas siap proses bank, adakah kena buat AGM pertama? Ni untuk lantik AJK sbb AJK sebelum ni adalah AJK penaja semula. Ade ke panduan yg diberikan pihak ROS

  4. saidatul zafirah

    assalamualaikum nk tny had umur untuk mndaftar ya

  5. waalaikumussalam. saya difahamkan AJK penaja akan jadi AJK sampai mesyuarat agong pertama.

  6. waalaikumussalam. 18 tahun.

  7. Zaitus Bin Lingguang

    Perlukah sukarelawan mendaftar sebagai sebuah NGO sekiranya sukarelawan tersebut dalam 30 ahli dalam daerah yang sama.. tujuan sukarelawan ini adalah membantu kerajaan dalam usaha vaksinasi covid 19..

  8. Fakhirah Binti Shamsudin

    Selalunya tempoh permohonan berapa lama ?

  9. pengalaman saya dlm masa seminggu selepas submit borang / dokumen lengkap ROS akan reply melaui email samada lulus atau tidak atau minta info lanjut.

  10. saya dah jwb dlm email puan.

  11. sukrelawan vaksin bersifat sementara. habis semua rakyat divaksin sudah tak perlu lagi. pertubuhan atau NGO hanya perlu didaftar sekiranya ahli-ahlinya bergabung utk mencapai satu objektif bersama yg bersifat long term dan ada program dan aktiviti yang dirancang dan ada struktur utk mencapai objektif tersebut.

  12. Tuan, boleh saya dapatkan contact no. Saya nak tanya direct berkenaan penubuhan persatuan ni. Urgent

  13. Helmy

    Assalamualaikum tuan, buka akaun untuk ngo adakah sama macam buka akaun syarikat kena ada rm5000?

  14. nazary

    sir. nak tnya. ” Walaupun semua urusan permohonan dan kelulusan berlaku secara dalam talian, anda kena juga pergi ke pejabat ROS in person sekurang-kurangnya sekali untuk membuat carian rasmi”
    utk urusan seperti yg dinyatakan tuan ini maksudnya adakah S.U perlu pergi selepas dpt kelulusan dr ROS atau semasa dlm tempoh menunggu kelulusan..

  15. Muizes

    Apa syarat untuk buka akaun bank ngo?

  16. S/U perlu pergi ke pejabat ROS negeri masing-masing SELEPAS dapat kelulusan dari ROS, bukan dalam tempoh menunggu kelulusan.

  17. waalaikumussalam. pengalaman saya dengan bank islam, hanya RM 1000 diperlukan utk buka akaun pertubuhan atau NGO. Bank lain saya tak pasti.

  18. antara syarat nak buka akaun bank ialah permohonan pendaftaran pertubuhan sudah diluluskan i.e sudah dapat no pendaftaran pertubuhan. kita boleh check status kelulusan dalam sistem e-ros. bila dah lulus, perlu pergi ke pejabat ROS negeri masing2 utk buat carian rasmi (i.e utk sahkan dokumen spt sijil oendaftaran yg baru diluluskan, perlembagaan senarai AJK). Bank hanya menerima dokumen yang disahkan oleh ROS sahaja. Dokumen2 ini akan diprint oleh pejabat ROS dan disahkan oleh pegawai mereka. Kita tak perlu print dari rumah. Selepas itu pergi bank dan isi borang buka akaun dan borang lain yg berkaitan dan deposit RM 1000 (kalau Bank Islamlah). Perlu diingat, bank juga akan melihat minit mesyuarat AJK penaja. pastikan dlm mesyuarat itu ada dibincangkan dimana akaun bank pertubuhan akan dibuka, di cawangan mana, siapa signatories, dll.

  19. email kpd abuadam2006@gmail.com. InsyaAllah saya akan jawab email setiap malam dan tolong apa yg saya mampu. Nabi kata sebaik2 manusia ialah yang berguna kpd org lain.

  20. nazry

    trma ksh byak sahabat. atas perkongsian

  21. sama sama kasih

  22. Syazwana Abirerah

    Assalamualaikum tuan, maaf mengangu. Saya tertarik dengan perkongsian tuan ??

    1. Apa maksud perlembagaan sendiri dan JPPM ?
    2. Limit 7 orang tu apa jawatankuasa yang tuan buat selain pengerusi, bendahari dan S/U.
    3. Nama pertubuhan tu mesti kene mula dengan pertubuhan/persatuan dll atau boleh kalau dimulakan dengan ikatan sejatera (cnth) ?
    4. Adakah dalam sistem eROS tu minta detail maksd disebalik logo pertubuhan ?
    5. Boleh saya tahu pertubuhan apa yang tuan buat ?

  23. waalaikumussalam,
    saya coba jawab.

    JPPM ialah singkatan kpd jabatan pendaftar pertubuhan malaysia. atau ROS in English.
    bila kita nak daftar pertubuhan dengan JPPM, pertubuhan kita kena ada perlembagaan atau undang2 pertubuhan. kita diberi pilihan samada nak deraf perlembagaan sendiri atau nak guna perlembagaan yang disediakan oleh JPPM. Untuk mudah dapat kelulusan, saya cdg kita pilih perlembagaan JPPM. hanya tukar nama, alamat, tujuan yang spesifik kpd pertubuhan yang kita nak tubuh.
    dalam sistem e-ros, kita boleh download dulu dan study perlembagaan JPPM itu.

    utk pertubuhan kebajikan yang saya daftar ia memerlukan minimum 7 org AJK. selain pengerusi, bendahari dan s/u, jawatan lain ialah timbalan pengerusi, penolong s/u, penolong bendahari, dan 3 AJK biasa.

    betul. nama pertubuhan kena mula dg salah satu dari 3 ini — pertubuhan, kelab atau persatuan. kalau ada nama glamor boleh masuk dalam kurungan selepas nama sebenar. tetapi nama glamor ini mesti ada kaitan dg nama sebenar. dlm contoh yg puanberi tu,ikatan sejahtera boleh jadi nama pendek atau nama glamor yang boleh diletak dlm kurungan. cadangan saja..

    dalam perlembagaan, kita wajib jelaskan rationale untuk rekabentuk logo pertubuhan kita. tiga segi maksudnya apa. warna merah maksudnya apa, semuanya perlu penjelasan ringkas.

    pertubuhan ada banyak jenis — kebajikan, sosial, rekreasi, politik, agama. saya mendaftar sebuah pertubuhan kebajikan dalam posting di atas.

    saya harap info di atas berguna. Wallahua’lam.

    p/s — maap sy guna semua lowercase.
    disclaimer — saya bukan orang jppm. saya kongsi pengalaman saja.

  24. idzwan

    Nak tanya, utk cek NGO perlu ditandatangani oleh semua 3 orang atau boleh 2 dari 3 orang?

  25. bergantung kpd amount cek tersebut. perlembagaan pertubuhan juga menetapkan brp org yg perlu luluskan perbelanjaan samada 2 atau 3 orang bergantung kpd nilai perbelanjaan. sebab itu bank mintak satu copy perlembagaan pertubuhan semasa nak buka akaun bank. info atas perlembagaan mesti sama dg info atas borang permohonan buka akaun bank.

  26. Iskandar

    Macamana utk menampung pengurusan? Dari mana kami boleh jana pendapan utk menampung kos mengurus ni?

  27. Iza

    Assalamualaikum
    Anggaran brapa lama tempoh dr mula permohonan hingga selesai.

  28. Waalaimussalam,
    utk dpt kelulusan JPPM (atau sebaliknya) ambil masa 2minggu hingga sebulan selepas submit document lengkap.

  29. kos pengurusan sesebuah NGO boleh diambil dari sumber kewangan yg dibenarkan dikutip oleh NGO tersebut seperti yg tercatit dalam perlembagann NGO tersebut. di hujung tahun kewangan, juruodit akan melaporkan jumlah dana/sumbngan diterima, jumlah bantuan yg disampaikan dan kos pengurusan. kos pengurusan selalunya kurang dari 10%. tuan boleh rujuk kpd auditor atau company secretary utk garis panduan yang lebih spesifik.

  30. Helmi

    Assalamualaikum tuan..nk tnya utk taraf pertubuhan utk persatuan penduduk, perlu memilih Lain2 ke? sbb alamat dlm ic setiap AJK biasanya drpd negeri lain dan hanya menetap di Selangor selepas tu. Kalau kebangsaan, perlu alamat ic AJK daripada 7 negeri berlainan dan kalau negeri perlu daripada negeri yg sama. Sebab pada lain-lain pertubuhuhan, tiada syarat yang ditetapkan pada maklumat AJK. Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.

  31. waalaikumussalam.
    utk kes tuan, cadangan saya letak taraf pertubuhan lain-lain. sebaik-baiknya kalau kita dah decide nak menetap di sesuatu negeri dah dah beli rumah di negeri itu, pergilah JPN tukar alamat rumah dlm IC. wallahuaklam.

  32. Ellen

    Hi Encik Abu Adam,

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman encik dalam proses pendaftaran. Saya ingin bertanya sama ada encik tahu perbezaan Taraf pertubuhan selain daripada pilihan AJK dalam proses pendaftaran?

    Selain taraf kebangsaan dan negeri, ada juga pilihan taraf “Lain-lain” di mana tiada syarat yang ditetapkan untuk alamat kediaman AJK tetapi saya tidak pasti sama ada terdapat apa-apa kesan negatif pada masa depan sekiranya kami memilih taraf tersebut.

    btw, setelah membaca article ini, nampak pula blog post encik Abu di Balkan! How did you manage to travel during these times? 🙂

  33. soalan yang bagus. saya pon tak pasti apa long term implication bila pilih taraf pertubuhan sbg LAIN-LAIN. saya rasa ia lebih flexible dan kelebihan short term ialah mudah dapat kelulusan. kena tanya pegawai ROS itupun kalu boleh contact depa tu. Bumisepi.com ialah blog travel asalnya di mana saya kongsi pengalaman jalan-jalan dan hobi offroad. Balkan roadtrip ialah projek tahun 2019 sebelum PKP lagi.

  34. Ms Khor

    Hi, saya ingin tanya, adakah saya perlu membuat pendaftaran nama dengan Majlis perbandaran terlebih dahulu sebelum saya pergi ROS?

    Bolehkah encik provide step by step supaya saya dapat membuat pendaftaran dengan lebih lancar.

    Terima kasih

  35. Ms Khor

    Hi Encik Abu Adam

    Bolehkah encik provide step by step guide supaya saya boleh buat pendaftaran dengan lebih lancar.

    Adakah saya perlu membuat pendaftaran nama terlebih dahulu dengan Majlis Perbandaran sebelum berdaftar dengan ROS?

  36. hi ms khor.
    saya coba jawab.
    1. pendaftaran pertubuhan atau society mesti dibuat di jabatan pendataran pertubuhan (jppm). semasa lockdown pejabat ditutup so wajib buat secara online di e-ros. tak perlu pergi majlis bandaran. nama pertubuhan kena fikir bersama dengan AJK lain. mesti bermula dengan perkataan pertubuhan. nama mesti reflect tujuan dan matlamat pertubuhan. bama mesti unik belum diguna orang lain. dalam sistem e-ros bila masuk nama sudah diguna, sistem akan reject.

    2. langkah pertama, kenalpasti AJK penaja seramai 7 orang, mereka yg mempunyai minat dan matlamat yang sama. siapa akan jadi pengerusi, bendahari dan setiausaha dan lain2 jawatan. buat satu mesyuarat utk bincang nama pertubuhan, tujuan, alamat pejabat, siapa AJK dll. minit mesyuarat kena tulis dan tanda tangan. mesyuarat juga kena bincang perlembagaan pertubuhan. format perlembagaan disediakan oleh ros. boleh download. lepas itu setiausaha keyy-in data dalam sistem e-ros utk proses pendaftaran. cara pendaftaran boleh tengok blog di atas.

    semoga berjaya.

  37. hi ms khor. see reply below. tak perlu pergi majlis perbandaran utk daftar pertubuhan.

  38. Ms Khor

    Thank you Encik Abu Adam

  39. Ellen

    Hi Encik Abu Adam,

    Thank you for the quick reply! Saya nak kongsi sikit hasil pertanyaan saya hehe..
    Ada juga pertubuhan rakan saya yang mendfaftar dengan taraf lain-lain dan telah beroperasi selama 2 tahun. Daripada pengalaman mereka, tiada implikasi dari segi operasi.
    Tak dapat contact pegawai ROS buat masa ini tapi rasanya ok jer pilih taraf lain-lain sekiranya AJK datang dari negeri berlainan 🙂

  40. noted. terima kasih atas penjelasan dan feedback dari cik ellen.

  41. Izzul

    Hai saya nak tanya macam mana nak daftar NGO Dan umur berapa boleh daftar

  42. hi izzul, umur minima 18 tahun.
    langkah pertama nak tubuh pertubuhan, kenalpasti AJK penaja seramai 7 orang, mereka yg mempunyai minat dan matlamat yang sama. siapa akan jadi pengerusi, bendahari dan setiausaha dan lain2 jawatan. buat satu mesyuarat utk bincang nama pertubuhan, tujuan, alamat pejabat, siapa AJK dll. minit mesyuarat kena tulis dan tanda tangan. mesyuarat juga kena bincang perlembagaan pertubuhan. format perlembagaan disediakan oleh ros. boleh download. lepas itu setiausaha key-in data dalam sistem e-ros utk proses pendaftaran. cara pendaftaran boleh tengok blog di atas.
    semoga berjaya.

  43. Nasrul

    nk tnye ada tk agent atau runner blh buatkn ngo ini

  44. saya tak pasti waktu pkp ini. tapi saya rasa business consultancy companies yang daftar syarikat sdn bhd ada sediakan khidmat spt ini di luar musim pkp.

  45. Irfan waiz

    Nak tanya , boleh ke kalau ahli biasa ngo ni berumur 18 kebawah , mohon pencerahan , terima kasih

  46. HYRUL

    Salaam Puan. mcm mana nak dapatkan perlembagaan atau kena buat sendiri perlembagaan untuk NGO?

  47. waalaikumussalam, contoh perlembagaan boleh dimuatturun semasa setiausaha membuat pendaftaran di eroses. masukkan maklumat pertubuhan tuan/puan ikut contoh diberi. boleh juga guna perlembagaan sendiri. pengalaman saya lebih mudah dpt kelulusan kalau ikut perlembagaan jppm.

  48. boleh je. spt persatuan atau kelab di sekolah, dimana ahli2nya pelajar sekolah. kalau persatuan ahlinya org dewasa, kategori khas ahli2 remaja boleh diwujudkan. bincang dlm mesyuarat ajk penaja tanya pandangan ajk lain.

  49. Nurul Ashikin bt Mohammad Shuhaimi

    Assalammualaikum,

    Tuan,

    Salam perkenalan…

    Saya ashikin, dari Ipoh, Perak. Tujuan saya mengirim emel ini adalah untuk mendapat pendapat atau nasihat tuan berkenaan pendaftaran pertubuhan kebajikan. Sudi kiranya tuan untuk memberi komen beberapa persoalan yang disenaraikan.

    Buat makluman tuan, saya dan rakan2 kebetulan sedang dalam proses untuk menubuhkan 1 badan kebajikan. Namun setakat ini banyak persoalan yang timbul dari saya sendiri dan juga rakan yg bakal menjadi ahli. Dimana situasi ini menyebabkan kami tertangguh tangguh untuk membuat pendaftaran. Diantara persoalannya adalah:

    Taraf Pertubuhan
    1. Bilangan AJK yang dicadangkan 4/7 daripadanya beralamat di luar negeri Perak. Kami keliru taraf yang mana perlu dipilih sebagai taraf pertubuhan.
    2. Adakah tiada masalah jika alamat tempat tinggal di perak cuma di KP saja alamat negeri kelahiran.

    Perlembagaan Fasal 4: Keahlian
    fasal 4 keahlian.PNG
    1. Adakah boleh kawasan/negeri tempat tinggal ahli biasa diletakkan : ‘TERBUKA’ . Kerana ahli2 biasa mungkin akan disertai oleh peserta dari dalam atau luar negeri perak.

    Fasal 6: Sumber Kewangan

    1. Apakah yg dimaksudkan bayaran masuk dan juga yuran? Adakah wajib untuk diisi nilai bg setiap perkara berikut. Boleh kah berikan contoh kegunaan wang tersebut?
    2. Adakah pertubuhan perlu nyatakan kenapa nilai tersebut dipilih?
    3. apakah kos pengurusan? Dari mana satukah sumber kos pengurusan ini?
    4. Adakah sumber wang ini akan diaudit?

    Fasal 11: Juruaudit
    1. Adakah bayaran upah juruaudit adalah menggunakan kos pengurusan?

    Fasal 14: Penasihat
    1. boleh kah berikan contoh orang yang boleh dilantik sebagai penasihat pertubuhan. Bagaimana dengan kriterianya?

    Saya amat berharap tuan dapat menjawab dan berkongsi pengalaman tuan. Segala kerjasama dan pandangan tuan amatlah saya hargai. Ribuan terima kasih di atas pelawaan tuan untuk memberi ruang bertanya berkaitan pendaftaran ROS.

    Sekian, terima kasih.

    Nurul Ashikin Shuhaimi
    Ipoh, Perak

  50. Waalaikumussalam puan nurul.
    Salam perkenalan. Lama saya tak pi Ipoh.
    Amboi panjang soalan. Saya cuba jwb apa yg saya tahu berdasarkan pengalaman saya.
    TARAF PERTUBUHAN
    Betul tu… taraf pertubuhan memang mengelirukan.
    Dlm eROS taraf pertubuhan ada 3 jenis — NEGERI, KEBANGSAAN, LAIN2
    Berdasarkan cerita puan, saya cdgkan taraf pertubuhan LAIN-LAIN sbb AJK dari negeri2 lain. Syarat2 utk taraf NEGERI dan KEBANGSAAN agak ketat. Mungkin JPPM perlu semak semula prosedur / polisi ini utk memudahkan permohonan nak tubuh pertubuhan. Saya ada ditanya pasal taraf2 yg berbeza ini. Baca komen pembaca dan jawapan saya di blog ini.
    Adakah masalah jika alamat AJK bukan semuanya di Perak? Kalau pertubuhan taraf negeri saya rasa akan ada masalah utk dpt kelulusan. Kecualilah puan dpt buktikan kpd ROS negeri perak yang AJK terbabit sudah bermastautin di Perak, mereka bekerja dan beli rumah di negeri perak. Atau sekurang2nya tunjukkan bil air dan api atas nama AJK. Semuanya bergantung atas budibicara ROS negeri yg memproses permohonan puan.
    KEAHLIAN
    Saya tak pasti boleh atau tidak letak TERBUKA sbg kawasan/negeri tmpt tinggal ahli.
    Saya cdg letak dulu negeri majoriti ahli i.e PERAK. Ahli dari negeri lain mungkin tak ramai mana pun mungkin mereka boleh jadi ahli bersekutu. Selalunya ada 3 atau 4 jenis keahlian dlm sebuah pertubuhan. Kalau tak layak jadi ahli biasa boleh mohon jadi ahli bersekutu. Pastikan syarat ahli2 ini ditulis dg jelas dlm perlembagaan. Semuanya akan kembali kpd perlembagaan.ROS akan lihat semua ini.

    To be continued. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén