Siri Kembara Rumah-rumah Allah

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang, MALAYSIA.

 

 

Masjid ini terletak di Pekan, di negeri Pahang di jalan menuju ke Rompin. Pekan terkenal sebagai Bandar di raja dan disini terdapat istana Sultan Pahang dan sebuah padang polo. Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Bandar Pekan di samping muzium dan makam di raja.   Masjid ini agak lama dan hiasan dalaman biasa sahaja walaupun ianya sebuah masjid jamek (di mana solat Jumaat didirikan) di Bandar di raja.  Lanskap luar di jaga rapi. Bersebelahan masjid ini ialah makam di raja di mana kerabat di raja disemadikan.  

 

Pekan terletak lebih kurang 50 km ke selatan Bandar Kuantan dan merupakan ibu daerah dan pusat bisnes setempat. Kebanyakan bank-bank utama boleh didapati di Bandar ini. Kompleks pejabat kerajaan negeri dan persekutuan juga ada di sini. Zon perindustrian automatif terletak di kawasan perindustrian Peramu Jaya.

 

Jangan lupa berniat iktikaf dan solat sunat tahiyyatul masjid jika anda singgah di sini.

 

Nota: Imej kurang tajam kerana menggunakan kamera telefon (Alcatel 735).

 

Bagaimana nak ke tempat ini?

Dari Kuantan, ambil bas atau teksi ke Pekan. Jarak perjalanan Kuantan-Pekan ialah 50 km.

 

Ruang solat muslimin berkarpet biru.

Pintu masuk ke Makam di Raja yang terletak di sebelah masjid. Di dalamnya terdapat tiga kuburan kepunyaan Permaisuri pertama,  ayahanda dan ibunda kepada Sultan Pahang sekarang. Semoga Allah merahmati mereka.

Bangunan yang menempatkan makam di raja.

Masjid lama sebelum masjid yang ada sekarang ini dibina. Masjid lama ini tidak digunakan lagi dan difahamkan masjid  lama ini telah diserah kepada pihak muzium.