(Kembara ini dilaksanakan
oleh Wan Nor pada September 2003. Dalam kembara ini, beliau memasuki negara
Lebanon melalui jalan darat dari Damascus di Syria. Maklumat di bawah tepat pada waktu tersebut).
Beirut – ibu negara Lebanon -- terletak di pinggir Laut Mediterranean. (Peta kepunyaan pemilik hakcipta, jika ada.)
Lubnan (atau
Lebanon dalam Bahasa Inggeris) ialah sebuah negara di Timur Tengah. Ianya
disempadani oleh Syria dan Israel di timur dan Lautan Mediterranean di barat. Beirut ialah bandar terbesar dan juga ibu negara Lebanon. Penduduk Beirut yang
di sekitar 1.8 juta orang terdiri dari Kristian dan Muslim. Penduduk Kristian
terdiri dari berbagai mazhab. Muslim terdiri dari Sunni, Syiah dan minoriti
Druze. Beirut terletak di pinggir
Lautan Mediterranean, lebih kurang 80 km ke barat Damshiq (atau Damascus dalam
Bahasa Inggeris). Lubnan ialah sebuah negara yang kecil berbanding Syria dan Jordan dan memandu
dari satu hujung sempadan ke hujung satu lagi mengambil masa lebih kurang 3-4
jam sahaja. Penduduk
di Kawasan Bandar dan pantai sangat liberal dan moden terbukti dengan cara
pemakaian wanitanya dan kereta dijalanraya. Berbeza dengan Syria, restoran
makanan segera seperti Mc Donald’s, KFC dan Burger King sangat biasa di sini.
Perjalanan dari
Damshiq mengambil masa 2 jam perjalanan (termasuk pemeriksaan imigresen dan
kastam di sempadan). Disebabkan kesuntukan masa, kami pergi ke Beirut dan balik
semula ke Damshiq, Syria pada hari yang sama. Aku terpaksa bergegas ke Amman,
Jordan untuk penerbangan balik ke Malaysia dalam masa kurang dari 48 jam. Dari Damshiq anda tiada masalah mendapat teksi ke Beirut kerana laluan ini
memang popular. Setiap teksi boleh muat 5 hingga 6 orang termasuk pemandu dan
teksi hanya akan berjalan bila penuh. Tambang USD10 setiap orang sehala. Jika
anda mempunyai banyak masa, anda boleh juga menaiki bas ke Beirut pada kadar
separuh tambang teksi. Teksi dari Syria akan berhenti di stesen teksi Cola di Beirut dan dari situ
kami mengambil teksi tempatan ke tempat2 menarik di Beirut. Kami terpaksa
kembali ke Cola untuk mengambil teksi ke Damascus pada sebelah petang.
Menyeberangi sempadan daratan ke Lubnan hanya boleh dibuat dari sebelah Syria pada
waktu sekarang disebabkan konflik Israel-Palestin. Ada beberapa Bandar sempadan
di Syria yang mana anda boleh memasuki Lubnan daripadanya. Dari Damshiq,
jalanraya sebelah Syria memang baik. Melepasi sempadan Syria/Lubnan, jalan agak
sempit kerana kawasan bergunung-ganang.
Salah satu kawasan sekuriti yang akan dilalui ialah Bukit Golan, satu
kawasan yang pernah diduduki tentera Israel semasa perang tahun 1967.
Visa masuk (“entry visa”) boleh didapati dengan mudah di sempadan darat
(‘land border’). Anda Cuma memerlukan passport antarabangsa Malaysia yang masih
hidup untuk mendapatkan visa masuk. Tiada bayaran untuk visa masuk ke Lubnan
dengan syarat kita tidak tinggal di sana melebihi 48 jam. Tiada bayaran keluar
(“departure tax”) dikenakan.
Pegawai imigresen di sempadan kebanyakannya memahami Bahasa Inggeris yang
mudah. Selalunya pemegang passport antarabangsa Malaysia tiada masalah
menyeberangi sempadan (terima kasih kepada pemimpin kita yang menjual nama
Malaysia di luar negara!). Pemandu teksi Damascus-Beirut-Damascus akan
memberitahu kita apa yang perlu dibuat di kaunter imigresen sempadan dan
kadang-kadang mereka sendiri yang akan beratur untuk kita. Mereka akan menunggu
sehingga proses mendapatkan visa siap. Pengalaman saya menunjukkan masa
menunggu di kaunter imigresen tidaklah terlalu lama - purata tidak kurang dari
satu jam jika pasport tiada masalah dan borang diisi lengkap. Pastikan juga
pasport anda tiada bukti memasuki Israel.
Sediakan wang secukupnya untuk bayaran visa. Matawang dolar US diterima
dengan meluas. Imigresen Lubnan peramah dan mesra dan boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan
baik.
Matawang Lubnan ialah Lubnan Lira (atau Lubnan Pound) dengan kadar tukaran 1USD
bersamaan 1500 Lubnan Lira pada masa lawatan ini.
Kos perjalanan
ini agak konservatif. Tambang teksi Damshiq-Beirut-Damshiq ialah
USD20 seorang (pergi-balik). Visa transit di Lubnan adalah percuma untuk 48 jam
pertama. Anda perlu membayar USD6 sekali lagi untuk visa memasuki Syria semula dari Lubnan.
Kesuntukan masa menyebabkan kami tiada rancangan besar di kota Beirut. Pemandangan
kota ini amat menarik terutamanya di sekitar pantai Manara di waktu senja.
Antara tempat yang sempat di lawati ialah Pantai Manara, Hamra Street dan
kereta kabel telefrique
cable car di Jounieh. Bayaran naik kereta kabel ini ialah USD5 untuk setiap
orang. Di setiap stesen perhentian kereta kabel, terdapat kedai makan dan kedai
cenderahati. Kebanyakan kedai cenderahati terukir lambang kebangsaan negara
Lebanon iaitu pokok cedar. Pekedai selalunya boleh bercakap Bahasa Inggeris.
Harga boleh dirunding terutamanya jika volume tinggi.
Cadangan saya: Jika
anda mempunyai banyak masa (dan extra budget, of course), tinggallah lebih lama
di Lebanon. Banyak lagi tempat menarik di sekitar Beirut, seperti muzium
perang, dll. Lembah Balbek di kawasan tanah tinggi juga sesuai untuk dilawati.
Saya akan
kembali ke Beirut insyaallah, kalau umur panjang dan murah rezeki.
Udara:
MAS terbang terus dari KLIA ke Beirut. Periksa jadual penerbangan ini.
Beberapa syarikat penerbangan timur tengah seperti Qatar Airways, Royal
Jordanian dan Gulf Air juga terbang ke sini. Lapangan terbang antarabangsa Beirut
(kod: BEY) terletak 8 km dari pusat bandaraya.
Darat:
Dari Damascus, SYRIA, anda boleh mengambil teksi atau bas. Tambang teksi
Damascus-Beirut-Damascus ialah USD20 untuk setiap penumpang. Teksi besar
kontinental tetapi tidak berhawa dingin. Pemandu saya agak brutal tetapi
peramah. Anda boleh mengambil teksi di stesen teksi Baramkeh di tengah-tengah
bandaraya Damascus yang berdebu itu. Di Beirut, teksi akan berhenti di stesen
Cola.
Pemandu teksi akan berhenti sekejap di kedai runcit sebelum pemeriksaan
imigresen untuk tujuan menukar matawang (both ways). Pastikan anda mendapat
matawang Lebanese Pound. Bawa kalkulator sekali kerana angkanya besar-besar
belaka, tetapi nilainya tak seberapa.
Welcome to
Beirut, Lebanon! Pemandangan dari lebuhraya berbukit dari Syria.
Penulis bersama
seorang pelajar Malaysia di Pantai Manara, Beirut.
Bandaraya Beirut
pada waktu malam. Pemandangan dari stesen kereta kabel Telefrique di pucak
bukit Jounieh.
Senja di pinggir
Laut Mediterranean di Beirut. Pelbagai struktur geografi yang dibentuk dari proses
hakisan semulajadi boleh dilihat di sepanjang pantai. Kawasan ini menjadi
tumpuan pelancong seluruh dunia.
Pemandu teksi
kami di Beirut ialah Muhammad Ibrahim Naser.
Kereta mewah
menjalari Jalan Hamra di pusat Bandar
Beirut. BMW menjadi favorite golongan berada di Beirut. Satu dari empat kereta
yang ditemui penulis ialah BMW.
Anda hanya
memerlukan passport antarabangsa Malaysia yang masih laku untuk mendapat visa
masuk ke Lebanon. Visa boleh didapati dengan mudah di sempadan darat (land border)
Syria-Lebanon. Visa transit adalah percuma tetapi anda mesti keluar dari
Lebanon dalam masa 48 jam.
Bendera
kebangsaan Lebanon. Pokok cedar menjadi lambang negara.
________________________________________________________________________________________________________
Nota:
Edisi lengkap kembara ini tersedia dalam bentuk buku.
Lebih banyak imej dan panduan yang berguna dalam buku ini. Pastikan anda
mendapat satu salinan buku ini sebelum berangkat ke kota Beirut!