Sdr
Judd -- seorang penyelam berdaftar dengan PADI -- telah mengikuti kembara ini pada Julai 2004. Maklumat di bawah tepat
pada waktu tersebut.
Pulau Tenggol terletak di
luar pantai Terengganu berdekatan Dungun. Peta ihsan pemilik hakcipta, jika
ada.
Pulau Tenggol tidaklah terkenal seperti pulau-pulau lain di Negeri Terengganu. Kebanyakan pelancong luar lebih mengenali Pulau Perhentian, Pulau Redang mahupun Pulau Kapas di Terengganu, dari Pulau Tenggol. Oleh sebab itulah, Pulau Tenggol masih lebih “dara” dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu. Ianya terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyelam skuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat. Seperti Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (marine park) yang diwartakan.
Aktiviti di sini
Selaman skuba (scuba diving) dan
snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata
kasar hidupan laut adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Antara
hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft coral),
nudibranch, seaweed, batfish, penyu laut, Napoleon Wrash, clownfish (nemo fish)
dan jerung paus.
Aktiviti ini mesti dirancang. Kami membuat tempahan
dengan boatman terlebih dahulu. Kami menyewa bot laju untuk tujuan “day-trip
diving”. Kami tiba di jeti Kuala Dungun pada awal pagi. Selepas sarapan di
restoran dekat jeti, kami memunggahkan peralatan skuba seperti balang angin ke
dalam bot fiber tersebut. Perjalanan ke tempat selaman pertama mengambil masa
selamat 45 minit. Kami mengambil masa
selama lebih kurang 30-40 minit pada kedalaman 60 kaki. Tempat-tempat selaman yang
dilawati ialah Teluk Air Tawar, Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur dan Tanjung
Gemuk (lihat peta di bawah).
Peralatan berikut diperlukan untuk aktiviti yang
mencabar ini:
Pakaian basah dan alatan snorkel adalah opsyenal.
Anda boleh menyelam dengan memakai t-shirt dan track bottom jika anda
mahu. Jika anda mampu bawalah kamera underwater sekali untuk merakam kehidupan
merin.
Kadar sewaan bot laju ialah lebih kurang RM600-RM650
sehari. Kos ini kami kongsi ramai-ramai. Bot kami boleh muat seramai 6 orang
maksimum. Sewa ini termasuk bot, petrol, pemandu bot dan makan tengahari
pek. (Peralatan skuba dan makanan
ringan sendiri). Kami pergi dan balik pada hari yang sama --- tiada kos
penginapan kerana kami tidak bermalam di sana.
Jika anda merancang bermalam di Pulau
Tenggol, di sini terdapat sebuah resort iaitu Tenggol Island Resort (nama lama
ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar. Ianya terdiri dari
chalet-chalet kayu berlatarbelakang hutan tropika. Rujuk website mereka untuk
kadar sewa. Peralatan skuba boleh disewa di sini. Di bandar Dungun, terdapat beberapa hotel murah dan sederhana
seperti Hotel Sura, Hotel UiTM dan rumah tumpangan Cina, semuanya kurang dari
RM100 semalam sebilik. Anda mungkin terpaksa bermalam di sini jika anda sampai lewat
petang atau malam.
Pulau Tenggol bukanlah tempat rehlah
keluarga. Aktivitinya terhad kepada sukan air lasak untuk orang dewasa.
Tempat-tempat menarik terdiri dari 20
tempat selaman (diving sites) yang menarik, snorkeling dan canoeing.
Bagaimana nak ke sini?
Anda perlu menyewa bot laju untuk sampai ke
Pulau Tenggol dari jeti Kuala Dungun. Untuk tujuan selaman skuba, kami telah
membayar RM600-650 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Kadar lebih murah untuk ke resort. Anda
perlu berunding dengan resort supaya boat transfer fee dimasukkan sekali ke
dalam pakej anda, Pastikan ianya perjalanan 2-hala (return trip).
Perjalanan mengambil masa
40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).
Dari Kuala Terengganu dan
Kuantan, anda boleh menaiki bas ekspres (Transnasional, dll) atau teksi untuk
ke Dungun.
Jarak Dungun-Kuala Terengganu ialah 80 km.
Jarak Kuantan-Dungun ialah
130km.
Jarak Dungun-Kemaman (Cukai)
ialah 70 km.
Elakkan datang ke sini dari bulan November hingga March kerana musim
tengkujuh yang melanda pantai timur. Di
waktu ini tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup.
Terdapat lebih dari 20 lokasi selaman di sekitar Pulau
Tenggol. Peta ihsan pemilik hakcipta, jika ada.
En Mansor sedang
melakukan ‘mask clearing’ pada kedalaman 60 kaki. Beliau ialah seorang
instructor selaman skuba.
Sarapan pagi di
jeti Kuala Dungun sebelum bertolak.
Sebuah kapal
tangki bahan petroleum yang mengambil muatan dari komplek petroleum Petronas di
Paka.
Seekor ikan
kelawar (batfish).
Sejenis hidupan
laut berbentuk bola di dasar laut. Subhanallah!
Sekumpulan anak
ikan sedang bermain di celah-celah karang.
Karang lembut
(soft coral) berwarna menarik.
Nudibranch
(kanan) ialah sejenis hidupan laut seperti siput babi bulan tanpa cengkerang
yang meniti di dahan-dahan karang (itulah sebabnya dipanggil ‘‘nudibranch’!)
‘Soft coral’
yang menyerupai pokok krismas. Ianya
akan menguncup apabila disentuh
Penyelam skuba
dengan peralatan skuba yang lengkap.
SPG jenis analog
yang mengukur kedalaman, kompas dan kandungan udara dalam balang angin.
Penyelam amateur
sedang melakukan prosedur untuk timbul ke permukaan air dengan melepaskan ‘sausage’.
Dalam perjalanan
ke Pulau Tenggol yang memakan masa 45
minit dari Jeti Kuala Dungun.
Bot laju di jeti
Kuala Dungun. Bandar Dungun terletak 80 km ke selatan Kuala Terengganu.
________________________________________________________________________________________________________
Nota:
Edisi lengkap kembara ini tersedia dalam bentuk buku.
Lebih banyak imej dan panduan yang berguna dalam buku ini. Pastikan anda
mendapat satu salinan buku ini sebelum ke Pulau Tenggol.