life is short. do first thing first.

Tag: kelantan

MAKAN NASI DALAM BULOH, MASAK AYAM DALAM BULOH, TIDUR PUN DALAM BULOH DI POS TUEL, GUA MUSANG.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tanggal 3-4 Disember 2022 saya sempat mengikuti program Ziarah Dakwah di perkampungan orang asli di Pos Tuel Gua Musang anjuran sebuah NGO kebajikan iaitu PERTUBUHAN WANNOR PRIHATIN atau simply WANNOR CARE. NGO ini agak aktif kalau dilihat dari posting di Facebook Page nya iaitu FB WANNORCARE.

Pos Tuel terletak dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Boleh diakses melalui jalan raya Simpang Pulai – Gua Musang.

Jarak kurang lebih 120km dari Ipoh, 90 km dari bandar Gua Musang. Jalan masuk bertar dan berlubang sikit-sikit sebab musim hujan. Kereta biasa boleh rapat ke lokasi, tak perlu kenderaan 4×4. Kereta lowered akan ada masalah.

Penduduk di sini terdiri dari suku Temiar dan Semai, sebahagiannya beragama Islam.

Sewaktu kami masuk ke sini, musim durian belum berakhir. Sempatlah merasa durian bukit. Boleh bawa balik bagi ko jiran di bandar dg harga serendah RM6 sekilo. Petai hanyalah 50 sen se keping. Pemborong durian kena royak seminggu lebih awal, sempatlah Pak Atan panjat. Musim hujan susah sikit katanya. Batang pokok licin.

Banyak lagi gambar dan cerita selanjutnya di pautan ini. Kalau ada komen atau soalan, masukkan dalam ruang komen di bawah.

https://www.facebook.com/wannorcare/posts/454908990187857

Kuburan Bukit Jawa di Selising Kelantan

Kuburan ini terletak di jalan menuju ke Kedai Menanti dari jalan utama Pasir Puteh – Kota Bharu di pekan Selising.

Suasana aman damai dengan background yg cantik
Batu nisan hanyalah sekadar batu sungai tak bertanda. Inilah sunnah Nabi.

Masjid Umari di Kg Telaga Bata, dekat Kota Bharu, Kelantan

image

Masjid ini terletak di pinggir bandar Kota Bharu di negeri Kelantan.
Saya singgah utk solat Jumaat pd 31 Mei 2013 semasa menziarahi sahabat Hj Ghani di Kg Telaga Bata. Masjid lama ini terletak di sebelah jalan utama di kampung ini.

Bagaimana nak sampai ke sini?

Bukan mudah untuk sampai ke masjid ini terutama bagi orang luar. Jalan mudah untuk sampai ke sini dari KB ialah melalui Kubang Kerian. Dari jalan depan HUSM terus jalan sehingga sampai simpang empat, belok ke kanan menuju pekan Raja Jembal (nama lama = Kedai Lalat) melepasi Pulau Melaka (Pulau Melaka terkenal kerana rumah TG Nik Aziz dan sekolah agamanya di sini). Selepas lampu isyarat ke dua di Raja Jembal, pusing kiri dan jalan terus sampai simpang tiga menuju Bachok. Pusing kanan dan masjid ini lebih kurang 1atau 2 kilometers sepanjang jalan ini.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén