“We need 70000 kyats to settle the bills”

Agak lama saya tak solat berjemaah di masjid  Kokhine  yang terletak di  Kabaye Pagoda Rd di kota Yangon.  Pada hari cuti umum Independence Day pada Januari 4, 2010,  aku berkesempatan mencuri waktu seketika. Setibanya di perkarangan masjid, aku melihat Brother Ahmad duduk di depan pintu masuk utama sambil memegang sebatang pen dan sebuah buku nota lama. Wajahnya berubah gembira melihat saya dan Haji Safarizal turun dari kereta.

“Long time no see. Where have you been?” Sapanya dalam bahasa bisnes. Dia memang fasih dalam Bahasa Inggeris.

“Holidaying in Malaysia. Visiting relatives. Attending weddings.”

Dia bertanya seolah-olah ada hajat besar terbuku dihatinya yang perlu dikongsi dengan seseorang. Dia menunjukkan buku akaun masjid dan kemudian membawa saya ke papan kenyataan masjid yang merekodkan jumlah kutipan derma orang ramai yang diterima setiap hari Jumaat. Pada Jumaat 1/1/2010 sumbangan derma hanya 16000 kyats. (=USD16).  Terlalu kecil dan salah satu sebab ialah cuti hujung tahun 2009 dan cuti tahun baru 2010. Tak ramai expatriates di waktu itu. Jadi derma berkurangan. Masjid Kokhine walaupun saiznya tidak besar, dipasang dengan beberapa unit penyaman udara jenis split. Saya tidak hairan jika bil eletrik tinggi setiap bulan. Rumah-rumah kotak yang terletak di bahagian belakang masjid yang menempatkan petugas masjid dan keluarga mereka juga menggunakan sumber eletrik yang sama. Saya difahamkan mereka dari satu keluarga yang besar dan memegang amanah mengurus masjid ini dari generasi ke generasi. Mereka hidup susah, hanya menumpang derma kepada masjid dan gaji yang tak seberapa dari kerja yang tidak menentu. Walaupun susah, raut wajah mereka gembira.  Yunus, anak saudara Brother Ahmad bekerja sebagai mekanik kereta. Mempunyai 2 orang anak kecil peringkat sekolah rendah (elementary school) yang peramah dan periang, yang selalu berlari dan bermain di tepi jalan yang sibuk. Dia akan offer makanan ringan atau apa saja yang sedang dimakannya setiap aku melihat aku datang ke masjid.  Innocent faces of children of Myanmar.

“We have cash problem brother. We need about Ks70000 to settle the bills.” Bro Ahmad merayu.

Dia memulakan ceritanya. Gaji imam pertama Mulavi Ibrahim ialah 70000 kyats (=USD30) yang bertugas untuk waktu Asar, Maghrib dan Isyak. Gaji imam ke2 hanyalah 30000 (=USD30) yang bertugas pada waktu Fajar dan Zuhur. Ibrahim mempunyai sebuah kedai makan sempit kurang dari 10 kaki lebar disebelah masjid. Tiada makanan panas yang istimewa hanyalah makanan ringan dan minuman sahaja. Ada satu hari aku singgah di kedainya sementara menunggu pemandu dari pejabat datang dan memesan mee goreng. Aku mengharapkan sesuatu yang indah seperti mee goreng mamak, tetapi yang sampai hanyalah mee segera yang di rendam air panas dan digoreng kering dengan perasa dalam pek yang sama.  Tersangatlah masin. Tetapi ada juga telur goreng mata kerbau disertakannya. No komen. Aku dihidangkan dengan kopi segera 3-dalam-1.  Minuman seperti ini sangat popular di Myanmar. Mikko, Super, Rich, Gold Roast antara jenama terkenal di sini. Hampir setiap bulan ada saja jenama baru yang keluar di pasaran.

Balik ke rumah, selepas perbincangan ringkas dengan beberapa orang sahabat, kami berjaya membuat kutipan derma kilat. Seminggu kemudian saya berjumpanya lagi. Bro Ahmad terharu.

“Malaysian brothers good. I make doa for you all.”

“I make doa for you. I make doa for you.” Dia mengulang-ulang ayat yang sama beberapa kali tanda gembira tak terhingga.

“Yeah doa is all what we need.” Saya berbisik sendirian.

This entry was posted in Rambling and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *