Masjid ini terletak betul betul di tepi jalan di Batu 4 sepanjang Jalan PD-Telok Kemang. Ramai pengunjungnya dari kalangan musafir dan pencuti-pencuti ke pekan pelancongan ini. Dikelilingi oleh motel dan hotel di tepi pantai.

Alhamdulillah saya sempat solat Subuh di masjid ini pada hari Ahad 4 November 2018. Selalunya ada kuliah Subuh pada hujung minggu tetapi hari ini tak ada.

Marilah kita solat berjemaah di masjid tak kira di mana kita berada, seperti firman Allah di bawah.

Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Attaubah: 18)