Cara pasang water heater sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.  Sebelum nak mula projek, kenalah ada peralatan yg sesuai. Ex-boss saya pernah kata – kalau nak main tennis kenalah guna reket tennis, jangan pakai kayu golf. Betul jugak katanya. Yeah U need right tool to get result. Peralatan yg diperlukan termasuklah test pen (dalam gambar tu hujung sekali). Nak test wayar mana ada arus eletrik. Cara nak guna test pen mudah saja. Sentuh hujung test pen ke bahagian tembaga (copper ) di hujung wayar yang nak diuji. Sentuh hujung test pen yg satu lagi dengan jari. Kalau lampu test pen menyala, maksudnya ada arus eletrik dlm wayar tersebut. Mudah kan? Tapi pastikan suis ke wayar itu ON terlebih dahulu. Kalau OFF memang confirm tak ada arus yg lalu.

2. Hangpa perlu satu lagi tool, namanya drill seperti dalam gambar. Gunanya utk tebuk lubang di dinding konkrit, untuk sangkut water heater, Kalau tak ada pinjam dg member sat, Tapi kenalah pulang balik selepas guna. Say thank you daun keladi, nanti aku nak pinjam lagi.  Selalunya mata drill bersaiz 6 mm digunakan utk tebuk lubang dan pasang wallplugs. Apa itu wall plugs? Amboi wall plug pon tak tau! Wall plug ialah sebatang plastik atau kayu sama saiz dg paku yang disumbat masuk ke dalam lubang yang ditebuk tadi. supaya badan water heater boleh diskru dan melekat gagah ke dinding konkrit. Wow what a definition! Macam wikipedia pulak. Wall plugs selalunya diberi sekali, ada dalam kotak water heater yg baru dibeli tu. Kalau tak ada juga, gi beli kat Mr DIY di M3 Mall Taman Melati.

 3. STEP INI SANGAT PENTING !!!!

DEMI KESELAMATANG turn OFF suis di main switch board (MCB) sebelum hangpa mula sentuh sebarang wayar. Setiap rumah ada kotak MCB ini. Selalunya dekat pintu utama rumah. Bekalan eletrik dari TNB akan masuk ke mana mana rumah melalui MCB. Kalau tak tahu suis mana yang kawal point water heater, tutup suis utama di MCB. Ini lebih selamat, tetapi semua peralatan eletrik di rumah akan ditutup termasuk peti sejuk, TV, kipas dll yang tak ada kena mengena dg water heater yg kita nak pasang tu. Satu cara nak kenal suis mana di MCB yg kena tutup ialah tengok suis yg bertanda 20A sebab water heater, microwave dan yg seumpama dengannya menggunakan arus yg lebih tinggi berbanding lampu, kipas yg hanya guna 13A.

Cara nak OFF senang je, tolak suis ke bawah. Nak ON, tolak ke atas.

4. Dg menggunakan drill, tebuk 4 lubang skru di dinding konkrit dalam bilik air. Lokasi empat lubang skru ini mesti matching dg lubang skru pada back cover water heater.  Lihat imej di atas. 4 point lubang tu spt yg ditanda dalam bulatan. Ignore lubang-lubang  yg lain dan hos getah dan kepala penyambung dalam imej itu sebab sebelum ini saya guna water heater  brand lain. Saya guna mata drill 6 mm untuk tujuan ini.

Satu lagi point penting sebelum saya terlupa. Lokasi lubang utk wall plugs mesti mengambil kira kedudukan 3-wayar waterheater yg sedia ada pada dinding bilik air di rumah kita. 3-wayar ini akan masuk ikut back cover water heater, so pastikan laluan masuk itu berdekatan dengan wayar-wayar tersebut.

5. Jom tengok apa itu 3 wayar water heater itu. Kalau kita baca manual yg diberi oleh Encik Panasonic dalam kotak, 3 wayar tersebut ialah LIVE, NEUTRAL dan EARTH. Walaupun kod warna wayar ada disebut dalm manual, lebih baik kita check yang mana satu wayar LIVE dengan menggunakan test pen. Caranya mudah saja. Turn ON suis di MCB dan suis water heater dekat pintu bilik air. Sentuh setiap hujung wayar dengan hujung test pen. Sentuh bahagian belakang test pen dengan jari. Bila lampu test pen menyala, ini bermaksud wayar tersebut ialah wayar LIVE.

AWAS !!! JANGAN SESEKALI COBA SENTUH WAYAR DENGAN JARI SEMASA MENGUJI DENGAN TEST PEN.

Selalunya wayar merah ialah wayar LIVE, hitam NEUTRAL dan hijau EARTH.

6. Inilah water heater yg saya nak pasang. Brand Panasonic. Model DH-3RL1. Designnya memang simple sebab model ini tiada pam. Tekanan air paip di kondo saya memang cukup kuat, jadi tak perlu pam. Kalau tekanan air kurang kuat, beli model yang ada pam. Harga mahallah sikit dari model yg tak ada pam. Model non-pump yang saya beli ni harganya RM220, itu belum tambah charge credit card 2%.  Hari tu masa pi kedai tak bawa tunai so kena bayar lebih 2% sebab bayar pakai kad kredit Bank Islam. Kalau nak suruh kedai pasang tambah RM 80 upah pasang (itu pun kalau point water heater dah ada). Kalau point tak ada, tambah lagi RM 60 – 100 untuk tarik wayar dari MCB ke bilik air. At least bila pasang sendiri selamatlah RM 80. Bab tarik wayar utk buat point baru, itu kena upah electrician yang bertauliah. Pendawaian eletrik jangan pandai pandai sendiri. Silap haribulan, silap pasang gelap satu rumah he he.

OK kita kembali kpd water heater yang satu ni.

Setiap set water heater ada front cover dan back cover.  Kedua-dua cover ini dipegang oleh skru di bahagian bawah dan klip di bahagian tepi dan atas. Unscrew dan tarik cover perlahan-lahan. Pastikan tombol-tombol dalam posisi OFF supaya mudah dipisahkan. 7. Langkah seterusnya ialah memasang back cover. Pastikan 4 skru dipasang di lokasi lubang wall plugs yang kita drill sebelum ini. Sebelum mengetatkan skru-skru tersebut, pastikan 3-wayar (LIVE, NEUTRAL, EARTH) ditarik masuk ke dalam back cover. Selepas 3-wayar tersebut masuk molek, baru ketatkan 4 skru tersebut.

8. Langkah seterusnya agak teknikal dan memerlukan skru drebar.

3 wayar tadi perlu dimatikan (terminated) ke port yang telah ditentukan dalam badan water heater itu.

Wayar merah (LIVE) dimatikan di port bertanda L.

Wayar hitam (NEUTRAL) dimatikan di port bertanda N.

Wayar hijau (EARTH) dimatikan di port bertanda simbol untuk EARTH.  Untuk water heater model lain mungkin port EARTH bertanda E. Saya tak pasti. Check manual pemasangan yg datang sekali dengan  water heater yg baru dibeli itu.

Untuk model PANASONIC yang saya pasang ini, kedudukan port EARTH agak jauh dari ports L, N. Lihat imej di atas.

Cara nak terminate wayar ini ialah dengan unscrew port tersebut dan masukkan hujung wayar (bahagian tembaga) ke bawah skru dan ketatkan semula, Pastikan bahagian tembaga wayar menyentuh dengan sepenuhnya port tersebut. Rujuk manual pemasangan jika tak pasti. Apapun wayar EARTH mesti dipasang, jangan dibiarkan begitu saja.

Bila siap langkah ini, proses pemasangan dah 80% siap. Tahniah awal kpd diri sendiri.

9. Seterusnya pasang front cover. Tekan bahagian atas dahulu sampai bunyi klip masuk. Kemudian ketatkan skru C seperti dalam imej di atas.

10. Seterusnya ialah kerja penyambungan paip. Utk paip air masuk, saya guna paip PVC sedia ada. Sebaiknya kita guna hos fleksibel. Kepala penyambung (connector) diberi sekali semasa kita beli water heater.

11. Thread bawah penyambung perlu ditebalkan dengan plumbing tape supaya dia melekat kuat bila disambung ke thread paip PVC. Lihat imej di atas.

12. Untuk paip air keluar (outlet), sambungkan hos fleksible dari outlet ke shower. Set shower diberikan sekali semasa beli water heater baru. Tapi saya pakai yang lama saja  sebab malas nak drill lubang lagi sekali hihi. Set shower yang fancy fancy boleh boleh dibeli di mana mana kedai hardware atau Mr DIY.

Untuk brand PANASONIC model ini DH-3RL1 ada 2 tombol (knobs), Tombol A untuk kawal kepanasan air dan tombol B untuk kawal ON/OFF.

13.  Turn ON suis di MCB dan suis water heater. Jika lampu di front cover menyala, maksudnya ANDA TELAH BERJAYA memasang water heater sendiri. Selamat mandi.

Jangan lupa sebulan sekali test ELCB. Tekan saja butang yang bertulis ELCB dan satu batang akan tertolak ke bawah. Tolak batang ini balik ke atas untuk reset. Apa itu ELCB? Itu kerja rumah hangpa semua….

Semoga posting ini memberi manafaat kpd semua pembaca dan menjadi amal jariah kpd saya.

 

This entry was posted in DIY. Bookmark the permalink.

One Response to Cara pasang water heater sendiri.

  1. Muhammad Hafiz Yunus says:

    Secara teknikalnya macam nak buat sendiri tapi banyak step. Upah orang jawabnya. Apa pun terima kasih sudi kongsi cara pasang water heater di rumah. Syabas, teruskan usaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *