Mencari Abu Suradi di Bukit Fraser (Abu Suradi Trail in Fraser’s Hill)

Percutian di Bukit Fraser dengan keluarga pada penghujung bulan Disember 2013 membawa kenangan manis dan juga kurang manis. Yang kurang  seronoknya ialah aku kehilangan kamera Panasonic Lumix TZ7 rasa-rasanya di kawasan sekitar air terjun Sungai Chiling dalam perjalan ke puncak. Aku teringat semasa kami menuruni tangga ke jeram dan kawasan air terjun, kamera memang ada di tangan sempat snapping beberapa  gambar-gambar menarik, tetapi selepas check in di hotel dan kamera sudah tiada. Gerakan besar-besaran mencari kamera dalam Pajero tidak memberikan hasil positif.  Bukan rezeki lah tu. After all, own nothing, all come on borrowed term, thats what I have been telling myself and preaching to  my kids.  Jadi reda sajalah. Atau satu lagi alasan untuk beli kamera DSLR. Bayangkan percutian tanpa kamera. Tapi ada backup.

Jadi gambar-gambar dalam posting ini hanya menggunakan kamera telefon sahaja. Not bad though as Sony engineers doing good job putting good camera in Xperia Z smart phones.

Bukit Fraser atau Fraser Hill ialah sebuah tempat percution tanah tinggi, lebih kurang 2-3 jam dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan lalulintas.

Dahulunya (lama- lama dulu sekitar 1990an semasa aku naik ke tempat ini) hanya ada satu laluan sahaja untuk naik dan turun. Sekarang sudah ada dua laluan yang berlainan. Satu naik (ikut jalan lama). Satu lagi laluan baru iaitu untuk turun sahaja. Kedua-dua laluan bertemu di persimpangan berasingan sepanjang jalan Kuala Kubu Baru – Bentong. Jadi masa naik tidak lagi bergilir-gilir dengan masa turun seperti dulu-dulu.

OK. Kita sambung cerita pasal jungle trekking di Bukit Fraser. Masa yang singkat hanya membenarkan kami mendaki 2 trails sahaja, walaupun target 3, iaitu Hemmant Trail yang melalui belakang resort kami dan satu lagi ialah Abu Suradi Trail, yang nampaknya mudah atas kertas tetapi hakikatnya tidak. Setiap trail ada pintu gerbang, tempat bermulanya trekking.

Hemmant Trail

Dari apartment Silverpark, tempat kami bermalam, kami berjalan kaki ke gerbang permulaan trail ini lebih hurang 500m. Pintu masuk ke trail ini sangat hampir dan bertentangan dengan Bishop’s Trail, cuma ke depan sedikit di cabang tiga jalan.

Trail Hemmant dikira sebagai trail yang mudah dan sesuai untuk beginners. Ianya sepanjang 1000 meter hujung ke hujung dan menyusuri sempadan padang golf dan hutan. Walaupun begitu, jalan dalam hutan memang rasa jauh walaupun jarak keseluruhan nampaknya tidak jauh. Ini adalah kerana langkah kita kena berhati-hati, kadang-kadang nak mengelak batang kayu yang tumbang, kadang-kadang nak mengelak lumpur dan kadang-kadang menyusuri lembah dan yang paling mencabar ialah ketika mendaki. Ketika mendaki, langkah kita tak jauh ke depan, langkah ke atas yang meletihkan kerana melawan kuasa graviti 9.8 m/s2.
Trail ini kebanyakannya melalui permukaan yang rata dan ada beberapa kawasan menurun dan mendaki tapi tak banyak. Padang golf berada di sebelah kiri kami, dan kedengaran dari kejauhan mesin potong rumput.

Pacat (leech) agak banyak di laluan ini, terutamanya selepas hujan, tetapi jalan penyelesaiannya mudah saya. Kami membawa minyak angin panas seperti minyak cap kapak. Titiskan atas pacat yang sedang enjoy menghisap darah di kaki dan selepas beberapa saat pacat itu pasti akan jatuh sendiri. Jangansesekali menarik pacat itu secara paksa dikhuatiri darah akan lebih banyak keluar dari tempat gigitan.

Pohon yang tumbang juga menyebabkan laluan menjadi sukar dan lambat.

Untuk makluman, trail ini dijumpai oleh En Frank Hemmant. Beliau ialah arkitek yang design padang golf 9-lubang di Bukit Fraser pada tahun 1920.
Abu Suradi Trail

Trail ini dikatakan mudah dan pendek (500m sahaja) oleh brosur Tourism Pahang, tetapi saya rasa tidak begitu. Semasa saya mendaki trail ini pada 16 Disember 2013 trail ini tidak bertanda (unmarked) dan seperti ditinggalkan, kecuali pada 100m pertama. Malahan malam sebelumnya hujan agak lebat dan menutup laluan. Rakan sependakian saya Wannor yang berkecenderongan kepada pemikiran paranormal tidak berpendapat begitu. Katanya trail itu memang ada cuma kita tidak dapat melihatnya. Dia menguatkan hujahnya, iaitu ada orang bercakap besar sebentar tadi, dan pandangan kami telah terhijab. Apa pun aku menghormati pandangannya.

Biar apa pun, kami memang tidak sampai ke hujung trail ini.  Kami mengaku saja.

Trail ini bermula dari depan masjid dan restoran Hamzah dan bermula dengan satu pendakian (ascent) yang curam. Selepas itu diikuti dengan penurunan (descent) dan pendakian (ascent) berselang seli. Pokok-pokok tumbang dan paip air besar menghalang dan melambatkan laluan. Lorong mendaki memang sempit dan jika tergelincir, gaung di sebelah kiri menanti anda.

Kami tidak sampai ke hujung trail ini kerana jalan turun ke di penghujungnya tertutup dengan pokok yang tumbang. Demi keselamatan, kami berpatah balik dan menyusur turun ke jalan raya melalui right of way paip air SYABAS. Memang satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan menuruni paip air ini sampailah ke jalanraya di bawah, diperhatikan oleh pekerja di bawah.

Beberapa ekor pacat sempat singgah di kakiku dan Adam. Dan minyak cap kapak menyelesaikan masalah itu. Titiskan setitik dua minyak cap kapak ke atas pacat yang sedang menjamu selera, dia akan menyembah bumi selepas beberapa saat.

Untuk makluman, penjumpa (discoverer) trail ini ialah seorang Islam. Namanya Sdr Abu bin Suradi. Beliau dikatakan orang pertama mendapat lesen melombong (bijih timah?) pada tahun 1899. Dia membuka trail ini untuk menghubungkan rumahnya (di satu hujung) dan tempat kerjanya (di hujung satu lagi). Wallahu’alam.

Selain trails yang dicadangkan dalam risalah pelancongan, anda boleh saja berjalan-jalan atau trekking sepanjang jalan kereta biasa di Bukit Fraser.  Di kiri kanan jalan anda masih enjoy suasana nyaman kawasan pergunungan dan flora dan fauna.

Lihat imej-imej di bawah sepanjang percutian kami ke sini.

 

This entry was posted in Travel and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Mencari Abu Suradi di Bukit Fraser (Abu Suradi Trail in Fraser’s Hill)

  1. Nice sharing..hope to try the trail the soonest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *