Kedai makan Mak Su Ti di Selising Kelantan

image

Selising ialah sebuah kampung di jajahan Pasir Putih di negeri Kelantan. Saya berkesempatan pulang ke Selising satu hari di bulan Mei 2013 dengan niat utama menziarah ibu dan kakak dan saudara mara yang lain.
Keesokan harinya saya bersarapan di warung Mak Su Ti yang terletak sebelah SK Bukit Jawa, di jalan Selising-Kok Lanas. Di kalangan penduduk setempat, kedai makan ini tersohor dengan nasi berlauk dan nasi kerabu. Bermacam jenis lauk ada di sini dari ayam goreng, ikan aya gulai dan daging goreng.

Keunikan Mak Su Ti ialah dia menawarkan air suam percuma tanpa perlu membuat pesanan kepada pelanggan yang memilih untuk makan di sini. Satu lagi yang menarik ialah lorong keutamaan kepada pelajar sekolah berdekatan yang membeli sarapan di sini. Mereka akan beratur di barisan belakang dan pesanan disegerakan.

Jika anda dalam perjalanan ke Kota Bharu dari bandar Pasir Putih di awal pagi, atau dari mana saja asalkan melalui tempat ini, singgahlah sebentar di kedai makan ini. (kalau bukalah). Servis pantas dan harga berpatutan. Dalam gambar di atas Mak Su Ti bertudung kuning.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *