Bila tarikh luput tayar kereta anda?

Right tyre and suspension is a must on this kind road

April 15, 2011:

Dalam perjalanan ke Seksyen 30 Shah Alam hari ini, Pajeroku buat hal lagi. Maklumlah sudah berusia 14 tahun. Enjin 2.4L model V31V tahun 1998. Tapi entah mengapa aku suka kat dia. Transmission memang smooth kecuali masalah aircond  sekali sekali.

Tayar belakang sebelah kiri tiba-tiba pancit semasa memasuki bulatan Kota Kemuning.  Agak panik sekejap kerana jalan memang sibuk ketika itu sebab orang balik rumah dari pejabat. Dan menjadikan cerita lebih menari ialah kereta terlalu rapat ke bahu jalan yang memang tinggi dari aras jalan. Jack memang tak boleh diguna dari tepi. Dari belakang tak cukup panjang bar jack.  Langit semakin gelap dan angin bertambah kencang. Aku menahan sebuah lori dan good samaritan menghantar aku ke sebuah kedai tayar BRIDGESTONE berdekatan. Workshop menghantar seorang mekanik dengan jack besar untuk menolong menukar tayar. RM25 untuk upah tukar tayar.

Pengajaran:

1. Periksa tayar spare anda setiap bulan. Tahu bila tayar anda tamat tarikh hayat. Setiap tayar kenderaan mempunyai hayat hidup di sekitar 4 hingga 6 yahun dari tarikh keluar dari kilang. Selepas tempoh itu tayar mungkin tidak selamat lagi digunakan. Bagaimana nak tahu tarikh luput tayar?  Periksa tayar anda dan cari turutan 4 digit seperti ini: (*2409*). Kadang-kadang tiada asterisk. Dua nombor pertama menunjukkan minggu ke berapa dan dua nombor terakhir menunjukkan tahun dikilangkan.  Jadi tayar Pajero saya yang baru dibeli ialah “2409” bermaksud tayar itu dihasilkan dalam bulan ke 24 dalam tahun 2009. Mudahkan?

2. Sediakan payung sepanjang masa dalam kereta anda.

3. Bila anda lihat kereta rosak di tepi jalan, berhenti dan tanya apa masalahnya. Anda mungkin kesuntukan masa atau sibuk teramat, tetapi apa yang anda boleh ialah membawa mangsa ke workshop terdekat.

4. Sediakan wang tunai sepanjang masa dalam poket anda. RM50 minimum sekurang-kurangnya boleh sampai ke mesin ATM terdekat atau bengkel mekanik terdekat.

This entry was posted in Rambling and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *