image

Ya Allah kami mohon pertolongan mu. turunkan tentera-tenteranya yang kelihatan dan tak kelihatan yang akan menghancurkan musuh-musuh Islam di bumi Palestin. Tolonglah kami. Kami tiada apa-apa tanpa rahmatMu. Berilah kekuatan kepada budak kecil ini untuk terus menerus membaling batu kepada kereta kebal ini, kepada ibubapanya yang mendidik budak ini mengenali siapa kawan siapa musuh.  Kepada kami yang jauh beribu batu untuk terus membantu sahabat-sahabat kami di bumi Palestin. Kami yakin bukan batu yang akan mengalahkan tentera mustakbirin ini. Bukan jet pejuang canggih. Bukan bom. Bukan senjata berat tentera. Bukan. Bukan. Kami menang hanya dengan pertolonganmu. Kami sangat yakin akan hal itu. Tolonglah kami ya Allah, sempena bulan Ramadan yang mulia ini.